• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Culik: 2 Rakyat Malaysia Dijangka Tiba Di KLIA

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua daripada lima rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di Filipina pada Julai tahun lepas dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, malam ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan perkara itu namun enggan mendedahkan masa mereka tiba.

Kedua-dua mereka yang dikenali sebagai Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63, dilaporkan berada di Manila, Filipina semalam bersama pihak berkuasa negara itu.

Khamis lepas, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengesahkan mereka diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di selatan republik itu.

Sementara itu, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata sejurus tiba, kedua-dua mereka akan diberikan rawatan bagi memulihkan kembali tahap kesihatan mereka.

“Difahamkan mereka tidak sihat dan polis akan pastikan mereka mendapat rawatan sebelum menyerahkan mereka kepada keluarga.

“Namun kita akan berbincang dan merujuk kepada pihak berwajib sebelum membuat apa-apa tindakan,” katanya.

Tayudin dan Abdul Rahim merupakan kru kapal tunda Serudong Tiga yang diculik oleh pengganas Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu pada 18 Julai lepas.

Sehingga kini, tiga lagi warga Malaysia masih ditahan pengganas Abu Sayyaf iaitu Fandy Bakran, 27, Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, yang juga kru kapal tunda Serudong Tiga. – BERNAMA

Tags: kes culikpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd