• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh: Pengawal Mengaku Tidak Bersalah

oleh Ahmad Albab
22/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang pengawal peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan cubaan membunuh lima individu menggunakan sepucuk senjata api tahun lepas.

Ja’afar Halid, 38, dituduh cuba membunuh dengan menembak K. Arivani, 33, di kepala; Nurul Huda Ab Aziz, 38, di bahu; Lee Hong Boon, 56, di dada kiri; Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28, di dada kiri; dan Puah Bee Joo, 32, di bahu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini antara pukul 7.15 malam dan 7.30 malam, 1 Disember tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan bagi setiap kesalahan itu yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, semasa dihadapkan di mahkamah pada 14 Disember lepas, pengakuan Ja’afar tidak direkodkan berdasarkan kepada kesihatan mentalnya dan diarah menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama satu bulan.

Hakim Roslan Hamid kemudiannya menetapkan 24 April ini untuk sebutan semula kes untuk tertuduh melantik peguam serta serahan dokumen. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Huda Idris dan Lim Saw Sim.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret 1, mahkamah menetapkan tarikha yang sama untuk sebutan semula tiga pertuduhan kes bunuh terhadap Ja’afar dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fatin Hussin.

Ja’afar didakwa membunuh majikannya Datuk Ong Teik Kwong, 32, dan dua individu lagi, Choi Hoi Ming, 32, dan Senthil Murugiah, 38, dengan menembak menggunakan sepucuk senjata api di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Untuk setiap kesalahan itu, Ja’afar didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah berasingan, Majistret Sharifah Izura Syed Mashor turut menetapkan 24 April ini untuk sebutan semula pertuduhan kes mendatangkan kecederaan terhadap Ja’afar.

Ja’afar dituduh mendatangkan kecederaan terhadap Lim Boon Leng, 33, dengan memukul di bahagian kepala menggunakan sepucuk senjata api di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes bunuhpengawal peribadi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd