• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sumbang RM5 Juta Kepada CuepacsCare

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyumbang RM5 juta kepada Program Takaful CuepacsCare tahun ini bagi menampung kenaikan kos perkhidmatan kesihatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata skim perlindungan yang merupakan alternatif kepada penjawat awam bagi mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta itu telah memberi manfaat kepada kira-kira 73,000 kakitangan kerajaan, di samping mengurangkan kesesakan yang dialami di hospital kerajaan.

“Kita lihat bahawa ada cadangan untuk kenaikan yuran skim ini tetapi saya ingin maklumkan bahawa kerajaan akan terus membantu skim ini walaupun kos kesihatan melambung tinggi.

“Tahun ini, kerajaan akan sumbang RM5 juta kepada skim ini untuk menampung segala kenaikan yang bakal dihadapi,” katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan ‘Budi Disemai, Jasa Disanjung’ bersama Perdana Menteri dan penerima manfaat CuepacsCare anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini hari ini.

Najib bagaimanapun berharap caruman bagi skim perlindungan berkenaan akan kekal dengan harga yang rendah dan terus mampu dimiliki golongan penjawat awam di negara ini.

Perdana Menteri juga meminta Cuepacs dan syarikat insurans Sun Life Malaysia Takaful Berhad yang mengendalikan skim tersebut supaya berbincang dan mencari jalan terbaik bagi memastikan caruman skim tersebut kekal rendah.

Program Takaful CuepacsCare yang menawarkan pelan pelindungan serendah RM85 sebulan bagi satu keluarga telah membelanjakan RM201 juta nilai tuntutan sehingga tahun lepas.

Dalam pada itu Najib berkata hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) juga turut membantu menampung kos perkhidmatan kesihatan yang berjumlah kira-kira RM22 bilion setahun, sekali gus mengurangkan perbelanjaan tahunan negara untuk sektor kesihatan.

“Kita terpaksa belanja kira-kira RM22 bilion setahun untuk perkhidmatan kesihatan namun kita cuma kutip dalam RM400 juta hingga RM500 juta setahun sahaja. Maknanya RM21.5 bilion terpaksa ditampung kerajaan.

“Sebab itu kalau orang tanya bila kita kenakan GST dan di mana hasil GST itu digunakan, jawapannya antaranya menyediakan perkhdimatan kesihatan untuk rakyat Malaysia. Jadi kita tak bolehlah politikkan kutipan GST kerana kalau kita tak naikkan kos rawatan kesihatan awam, kita terpaksa tampung hasilnya daripada sumber-sumber lain,” katanya.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda menjelaskan bantuan RM5 juta itu akan digunakan bagi menampung lebihan tuntutan pembiyaan perlindungan sekiranya diperlukan.

Selaras dengan sumbangan tersebut, Azih berkata Cuepacs menyasarkan seorang penjawat awam mempunyai sekurang-kurangnya satu skim perlindungan takaful yang mampu dibiayai. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangka Hayat Nuri Baharu Hingga 15 Tahun

Next Post

Tentera Filipina Selamatkan 2 Rakyat Malaysia Diculik

Related Posts

TULAR: Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet, Pencinta Haiwan Gesa Tindakan Tegas

TULAR: Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet, Pencinta Haiwan Gesa Tindakan Tegas

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua klip video tular di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki menyembur cat ke badan dan muka seekor...

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

24/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Rafizi Ramli yang tewas dalam saingan jawatan nombor dua PKR malam tadi tidak kelihatan di hari...

Next Post

Tentera Filipina Selamatkan 2 Rakyat Malaysia Diculik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd