• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Putuskan Segera Mayat Kim Jong-nam

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Kerajaan dijangka memutuskan segera tindakan ke atas mayat Kim Jong-nam yang juga abang kepada pemimpin Korea Utara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Katanya perbincangan masih dijalankan dengan pelbagai pihak termasuk Wisma Putra, Jabatan Perdana Menteri serta kerajaan Korea Utara.

“Saya rasa kita akan membuat pengumuman segera, mungkin secepat hari ini mengenai keputusan kerajaan.

“Beberapa keputusan sudah dicapai dan saya yakin satu pengumuman akan dibuat segera. Pengumuman mungkin dibuat secepat hari ini,” katanya selepas merasmikan pembinaan bangunan baru SJK (T) Bangi, di sini hari ini.

Ditanya sama ada mayat Jong-nam akan dihantar ke Korea Utara, Dr Subramaniam berkata: “Saya tidak tahu tetapi dimaklumkan satu keputusan akan dibuat segera. Besar kemungkinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkannya.”

Beliau berkata apa juga keputusannya, fakta dan akibat daripada pembunuhan itu masih kekal dan Kementerian Kesihatan akan mematuhinya.

Dr Subramaniam berkata faktanya kekal seorang warga Korea Utara datang ke Malaysia dan mati akibat racun saraf dan kematiannya telah dibuktikan oleh ujian toksikologi dan laporan bedah siasat.

“Kami konsisten dan pasti dengan penemuan itu. Kes membabitkan seorang wanita Indonesia dan Vietnam tetap akan berjalan,” katanya.

Dr Subramaniam berkata banyak peluang telah diberi kepada waris Jong-nam untuk menuntut mayatnya dan jika mereka tidak tampil, kerajaan perlu membuat keputusan.

Satu laporan media Jepun menyatakan beberapa pegawai Korea Utara berada di Kuala Lumpur untuk berbincang dengan kerajaan Malaysia mengenai kes Jong-nam.

Pada 13 Feb lepas, Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menungggu penerbangan untuk ke Macau.

Dia dihampiri dua wanita warga asing yang menekup mukanya dengan agen saraf VX. Jong-nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Jong-NamKorea Utara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd