Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Elly Akui Payudara ‘Naik’...

BEKAS peserta Gegar Vaganza musim ketiga, Elly Mazlein telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya...

Pengiring Presiden Indonesia Ditahan...

JAKARTA - Seorang anggota Pasukan Pengamanan Presiden (Paspampres) ditahan kerana memiliki dadah jenis...

Erdogan Rasmi Jambatan Gantung...

ISTANBUL - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membuka rasmi jambatan gantung tertinggi dan...

“Saya Tak Lupa Isu...

ADUH. Antara paling awal sarankan skim i-Lestari, saya.Yang tuntut sehingga dapat i-Sinar walaupun diberitahu...

P.Pinang Diminta Buat Permohonan Projek Kereta Kabel

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Pulau Pinang diminta membuat permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri mengenai cadangan pembangunan projek kereta kabel di Bukit Bendera di negeri itu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kementeriannya tiada masalah menyokong usaha tersebut yang boleh merangsang pertumbuhan sektor pelancongan di negeri itu.

“Projek itu jika diluluskan boleh dilaksanakan menerusi pusingan keempat Rancangan Malaysia ke-11,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya sebelum ini kementeriannya telah memperuntukkan RM2.4 juta di bawah Rancangan Boleh Pinda Pertama Rancangan Malaysia ke-11 bagi melaksanakan projek menaik taraf lorong kecil di Bukit Bendera, Pulau Pinang yang telah siap dan dibuka untuk kegunaan awam pada 22 Dis tahun lalu.

Tambahnya, kementerian itu akan terus memperkasakan usaha dan promosi untuk meningkatkan kemudahan prasarana pelancongan yang bersesuaian di Pulau Pinang bagi memastikan produk pelancongan di negeri itu dapat menarik lebih ramai pelancong.


Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri berkata kerajaan bersedia memudahkan kemasukan pelancong China ke Tanjung Piai, Johor terutama mereka yang memasuki negara ini melalui Singapura.

Jelasnya, sebelum ini beliau telah memaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai cadangan agar proses Imigresen kemasukan pelancong China dari Singapura dipermudahkan.

“Sekiranya orang-orang dari China yang cop di Singapura, Imigresen kita tidak perlu lagi memeriksa mereka jika hendak masuk Malaysia, tapisan Imigresen di Singapura itu pun sudah ketat,” katanya. – BERNAMA

Kategori