• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan SPM 2016 Keluar Khamis Ini – KPM

oleh Ahmad Albab
10/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 akan dikeluarkan Khamis minggu depan, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.

Kementerian berkata calon persendirian akan dimaklumkan keputusan mereka  melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar menduduki peperiksaan dahulu.

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2016 melalui mySMS 15888 yang perkhidmatannya akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 16 Mac dan ditamatkan pada 6 petang 22 Mac.

Seramai 434,535 calon mendaftar menduduki SPM 2016 di 3,732 pusat peperiksaan di seluruh negara yang daripada jumlah itu, 377,194 calon adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala 9,094 adalah calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (contohnya Maktab Rendah Sains Mara).

Seramai 7,931 calon pula adalah calon sekolah agama negeri, 12,847 calon  sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, 25,713 adalah calon persendirian manakala baki 1,756 orang merupakan calon dari Sekolah Menengah Agama Rakyat. – BERNAMA

Tags: SPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang calon pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok sehari sebelum peperiksaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd