• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Dr. Ling Mohon Batal Saman Najib Ditangguh

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan keputusan permohonan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik bagi membatalkan saman difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peguam Villie Nethi, yang mewakili Dr Ling, memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas Hakim Datuk Nor Bee Ariffin menangguhkan keputusan berhubung permohonan itu dalam kamarnya.

Villie berkata keputusan itu ditangguhkan bagi menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan dalam dua kes rayuan berhubung isu locus standi iaitu sama ada individu yang dikatakan memegang jawatan awam boleh memfailkan saman fitnah atas kapasiti peribadi.

“Dua rayuan itu membabitkan kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Anggota Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen,” kata Villie yang turut memaklumkan dua kes rayuan berkenaan mempunyai isu sama (locus standi) dengan kes saman fitnah dikemukakan Najib terhadap Dr Ling.

Sementara itu, peguam Nik Alia Hanafi, yang mewakili perdana menteri, berkata mahkamah kemudiannya menetapkan 29 Mei ini untuk pengurusan kes saman Najib terhadap Dr Ling.

Dr Ling pada 15 Feb 2016 memohon untuk membatalkan saman Najib atas alasan bahawa ia menyalahguna proses mahkamah dan tidak menyatakan alasan tindakan munasabah.

Najib menyaman Dr Ling pada 27 Okt 2015 dengan mendakwa bekas menteri pengangkutan itu menyiarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya yang disiarkan menerusi artikel dalam sebuah portal berita.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib mendakwa Dr Ling telah secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti di sini, yang disiarkan menerusi artikel dalam sebuah portal berita pada 3 Okt 2015.

Pada 18 Julai 2016, mahkamah membenarkan permohonan Najib untuk mengetepikan afidavit bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang difailkan bagi menyokong permohonan Dr Ling untuk membatalkan saman perdana menteri. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakTun Dr Ling Liong Sik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesihatan Mulut Kanak-Kanak Di T’ganu Rendah

Next Post

Rumah Kos Rendah: P.Pinang Kecualikan Cukai Taksiran

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Rumah Kos Rendah: P.Pinang Kecualikan Cukai Taksiran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd