• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekecohan Meletus Di Perhimpunan Pro-Trump

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Perhimpunan pro-Donald Trump di selatan California menjadi kecoh selepas seorang lelaki bertopeng menyembur serbuk lada kepada seorang penganjur perempuan.

Perbuatannya itu menyebabkan penunjuk perasaan lain bertindak balas terhadapnya. Lelaki bertopeng itu disekat dan ditumbuk, namun kemudian berjaya melarikan diri.

Video kekecohan di Pantai Negeri Bolsa Chica dekat Los Angeles itu dipaparkan menerusi Facebook, menunjukkan seorang lelaki menumbuk lelaki bertopeng terbabit.

“Ia adalah satu tindak balas yang pantas, kira-kira 12 orang semuanya,” kata penganjur, Jennifer Sterling kepada akhbar Los Angeles Times mengenai penyelamat beliau.

Jabatan Bomba Pantai Huntington berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian anjuran penyokong Presiden Amerika Syarikat baharu (AS) itu.

Sementara itu, Trump, menerusi Twitter bagaimanapun berkata: “Kepada semua yang menyertai perhimpunan Trump hari ini… sokongan yang mengagumkan.

“Kita akan menjadikan AS hebat semula,” tambahnya. – AFP/BH ONLINE

Tags: Rusuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

27/06/2023
0

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret hari ini melepas dan membebaskan 17 lelaki atas tuduhan merusuh di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ...

Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kejadian Merusuh

Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kejadian Merusuh

26/03/2023
0

PETALING JAYA : Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kejadian merusuh di hadapan sebuah restoran di Seksyen 5, Bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd