Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Bilik Pendaftaran Fail IPK...

KOTA KINABALU - Bilik pendaftaran fail Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah musnah...

30 Peratus Tender Kementerian...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus tender setiap kementerian...

Zlatan Ibrahimovic ‘Angkat Kaki’...

PENYERANG Manchester United, Zlatan Ibrahimovic dilaporkan mungkin akan meninggalkan kelab sebelum berakhirnya kempen...

Pemuda PAS Yakin Haron...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yakin Mursyidul Am PAS yang...

Azrinaz Mazhar Hakim Kekasih Baru Fattah Amin?

SELEPAS enggan lagi dikaitkan dengan Neelofa, baru-baru ini muncul pula gosip menyatakan pelakon Fattah Amin kini intim dengan seorang wanita berstatus VIP.

Menurut sebuah akhbar hiburan, wanita tidak didedahkan identitinya itu juga merupakan seorang selebriti yang pernah menjadi isteri kepada seorang kenamaan pada suatu ketika dahulu.

Bayangan yang diberi itu lantas membuatkan netizen berteka-teki dan nama bekas pembaca berita TV3, Azrinaz Mazhar Hakim antara yang menjadi sebutan dalam gosip ini.

Seakan menguatkan lagi dakwaan, netizen menjumpai gambar Fattah bersama Azrinaz yang dimuat naik wanita itu menerusi laman Instagramnya dua minggu lalu.

I nak tidur tapi dia ajak minum supper sebab malam minggu katanya. Sekali sekala oklah,” tulis Azrinaz dalam kapsyen gambarnya itu.

Pun begitu, tidak mahu peminat membuat spekulasi Azrinaz turut menyertakan hashtag #adikdankakak.


Gambar mesra itu bagaimanapun turut menimbulkan pelbagai reaksi peminat yang membuat andaian mengenai perhubungan mereka.

Rata-rata menyifatkan pasangan ini sama cantik, sama padan.

Sementara itu, Fattah mahupun Azrinaz masih lagi belum memberi respon gosip yang mengaitkan nama mereka ini.

Terdahulu, kecoh apabila muncul khabar angin menyatakan Fattah akrab dengan wanita VIP sekali gus ada yang beranggapan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta. – MYNEWSHUB.CC

Kategori