• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedutaan Indonesia Hormati Sistem Perundangan Malaysia

oleh AK-47
02/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kedutaan Indonesia menghormati sistem perundangan Malaysia dalam pengendalian kes pembunuhan warga Korea Utara dengan melantik pasukan peguam untuk mewakili rakyat republik itu yang merupakan seorang daripada tertuduh.

Timbalan Duta Indonesia di Malaysia, Andreano Erwin yang menghadiri prosiding melibatkan Siti Aisyah, seorang daripada dua tertuduh dalam kes pembunuhan Kim Chol di Mahkamah Majistret Sepang di sini hari ini, berkata beliau sempat memberitahu Siti Aisyah bahawa dia tidak keseorangan dalam menghadapi kes berkenaan.

“Seluruh rakyat Indonesia akan selalu bersama dia dan untuk menghormati hukum setempat, lima pengacara (peguam) sudah dilantik untuk mewakilinya,” katanya yang ditemui media selepas prosiding itu.

Andreano berkata beliau juga sempat menasihatkan Siti Aisyah untuk menjaga kesihatannya kerana kes tersebut dijangka mengambil masa yang lama.

Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 29, bersama-sama empat orang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Pihak berkuasa telah mengesahkan pembawa pasport yang tertera dengan nama Kim Chol adalah Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Ditanya sama ada Siti Aisyah meminta bantuan kedutaan untuk berjumpa dengan keluarganya, Andreano berkata wanita itu tidak membuat permintaan sedemikian kerana tidak mahu keluarganya sedih melihat keadaannya. – BERNAMA

Tags: Andreano ErwinDuta Indonesiakes pembunuhan Kim Chol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Sebenar 4 Suspek Kes Bunuh Kim Chol Didedah

06/11/2017
0

SHAH ALAM - Identiti sebenar empat suspek lelaki yang masih bebas dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol...

Drama ‘Jong-nam’ Selesai Selepas 46 Hari

31/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Selepas 46 hari yang penuh tanda tanya, krisis Malaysia dan Korea Utara akibat kes pembunuhan seorang lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd