• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedatangan Pelancong Saudi Bakal Meningkat

oleh Ahmad Albab
04/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG RENGAS – Jumlah kehadiran pelancong Arab Saudi ke Malaysia akan bertambah hasil lawatan sulung Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud minggu lalu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata menjadi kelaziman jika seseorang pemimpin melawat sesebuah negara, ia bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan negara terlibat tetapi turut memberi pelbagai manfaat termasuk daripada aspek pelancongan.

“Ini kerana ia memberi keyakinan bahawa hubungan negara terlibat adalah baik dan akrab yang membuatkan mereka berasa selesa untuk datang melancong,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemimpin bersama Ahli Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Padang Rengas di sini, hari ini.

Mohamed Nazri berkata pada tahun 2016, jumlah kehadiran pelancong dari Arab Saudi ke Malaysia menunjukkan pertambahan 24 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Statistik pelancong dari Arab Saudi menunjukkan trend peningkatan sebanyak 24.2 peratus dalam tempoh 2015 hingga 2016, iaitu daripada 99,754 kepada 123,878 pelancong.

Pada 16 Mei 2016, Malaysia dan Arab Saudi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam sektor pelancongan.

Menerusi MoU itu, kedua-dua pihak bersetuju mengambil langkah perlu bagi menggalakkan promosi dan kerjasama dalam sektor berkenaan melalui permuafakatan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta latihan bersama dalam program berkaitan pelancongan.

Isnin lalu, Raja Salman mengadakan kunjungan sulung selama empat hari ke Malaysia selepas ditabal sebagai Raja Arab Saudi pada 23 Jan 2015. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul AzizPelancong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd