Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Berani.. Wanita Pertahan Muslim...

SEORANG wanita kulit putih wajar dipuji atas keberaniannya bangkit mempertahankan pasangan Muslim yang dihina...

Kedah, Perak Teruskan Rentak...

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kedah meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala Malaysia...

Video: Kod Etika Pakaian...

DUA video yang mempersoalkan tentang kod etika pemakaian yang dikenakan pihak pengurusan Negara kepada...

Kelemahan Psikologi Cabaran Utama...

PETALING JAYA - Kelemahan dari aspek psikologi adalah merupakan cabaran utama buat skuad...

Kastam KLIA Patahkan Cubaan Seludup Rokok

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2.56 juta batang rokok dan 7,560 kilogram (kg) ‘chewing tobacco’ bernilai lebih RM400,000 yang melibatkan cukai kira-kira RM2.2 juta pada Ahad lepas.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Hamzah Sundang berkata pihaknya menahan tiga buah lori dan tiga lelaki warga tempatan berumur antara 26 hingga 34 tahun yang mengendalikan lori dengan muatan berkenaan di Bahagian Pemeriksaan Kargo Import, KLIA di sini.

“Pemeriksaan ke atas tiga lori tersebut menemukan sejumlah rokok dan chewing tobacco yang disyaki belum lulus kastam, siasatan awal mendapati tiada dokumen pengikraran terhadap barang-barang tersebut melalui pintu keluar kastam kargo KLIA,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hamzah berkata pengimportan rokok memerlukan lesen mengimport di bawah Butiran 1, Bahagian II, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengimport) 2012 dan pengimportan chewing tobacco pula memerlukan lesen import di bawah Peraturan 18, Peraturan-peraturan Kastam 1977.

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.


Beliau berkata kes tersebut adalah hasil daripada Operasi Koordinasi Pengurusan Sempadan (CBM) yang dilancar sejak 15 Jan lepas untuk membanteras ketirisan hasil dan aktiviti penyeludupan.

Katanya sepanjang Op CBM dijalankan di Zon Perdagangan Bebas KLIA, sebanyak 30 kes dicatatkan yang mana 29 kes telah diambil tindakan kompaun dan satu kes diambil tindakan mahkamah di bawah Akta Kastam.

“Untuk tempoh 15 Januari hingga 6 Mac 2017, sebanyak RM295.66 juta pungutan hasil direkodkan sepanjang Op CBM dijalankan, peningkatan sebanyak 22.66 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas,” katanya dan menambah operasi tersebut akan terus dijalankan pihak kastam. – BERNAMA

Kategori