• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruterbang Syukur Dapat Bawa Balik Rakyat Malaysia

oleh Ahmad Albab
31/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Detik melegakan bagi juruterbang, Leftenan Kolonel Hasrizan Kamis ialah apabila pesawat yang membawa sembilan rakyat Malaysia mendapatkan ‘lampu hijau’ untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang.

Pesawat Bombardier Global Express milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu sepatutnya berlepas pada pukul 6.30 petang waktu Malaysia Khamis namun jadual penerbangan itu ditunda kepada 7.45 malam (waktu Malaysia).

“Puncanya tidak diketahui tapi memandangkan kita berada di negara orang, kita ikut sahaja kehendak mereka,” katanya yang ditemui media selepas berjaya mendaratkan pesawat itu dengan selamat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini awal Jumaat.

Pesawat khas itu ditugaskan untuk misi membawa pulang petugas kedutaan Malaysia di Korea Utara dan ahli keluarga mereka selepas dihalang meninggalkan negara itu susulan krisis diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang.

Hasrizan dan kru penerbangan, yang dimaklumkan mengenai tugasan tersebut pada Isnin lepas, tidak memakai pakaian seragam TUDM, sebaliknya hanya berpakaian kru penerbangan biasa kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pihak berkuasa negara itu.

Pesawat itu singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Fuzhou Changle di China untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke Malaysia, katanya.

“Syukurlah akhirnya kita sampai Malaysia walaupun ada tunda,” katanya.

Ini merupakan misi kedua seumpamanya dilaksanakan Hasrizan selepas misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Libya pada 2011.

Pesawat membawa sembilan rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA pada pukul 5.03 pagi ini.

Mereka ialah pembantu peribadi duta besar, Noor Saaidah Jamaluddin, 29; suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan; S. Nirmala Malar Kodi, 45, (Pegawai Tadbir); Mohd. Nor Azrin Md. Zain, 37, (Kaunselor), isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynor Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.

Krisis hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tercetus selepas Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol diarahkan pulang kerana mengkritik pihak berkuasa negara ini berhubung penyiasatan kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Pada 13 Februari lepas lepas, Jong-nam didakwa dibunuh oleh dua wanita warga asing ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki pesawat ke Macau. – BERNAMA

Tags: JuruterbangKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

12/07/2025
0

NEW DELHI – Laporan awal nahas Air India yang dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB) pada Sabtu mendapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd