• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kim Jong-nam: PM Jamin Beri Maklumat Terkini

oleh Ahmad Albab
30/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan beliau akan tetap memantau dan memberikan maklumat terkini tentang situasi warga Malaysia di Korea Utara dan kes bunuh Kim Jong-nam malah semasa beliau melakukan lawatan rasmi lima hari ke India bermula hari ini.

“Dalam dunia moden kini, anda tidak perlu secara fizikal (berada) di sini.

“Saya akan berikan arahan malah semasa saya berada dalam pesawat. Mereka (pihak berkuasa) tahu bagaimana untuk menghubungi saya 24 jam kerana saya boleh dihubungi pada bila-bila masa. Saya telah berikan garis panduan, arahan yang perlu, dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan.

“Kami prihatin mengenai mereka (warga Malaysia di Korea Utara). Mereka menjalani kehidupan seperti biasa di sana. Tetapi mereka ini (rakyat Malaysia diculik kumpulan militan Abu Sayyaf) adalah berbeza, (mereka) didera secara fizikal dan mental selama lapan bulan.

“Bayangkan.., mereka nyaris dipenggal. Jadi mereka telah melalui pengalaman ngeri,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan tiga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf di kediamannya di Taman Duta, di sini, hari ini.

Perdana menteri ditanya tentang situasi terkini berhubung warganegara Malaysia — tiga diplomat dan enam anggota keluarga di Pyongyang, dan sama ada media boleh mendapatkan maklumat terkini jika beliau tiada di dalam negara.

Sementara itu, Najib turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang secara peribadi telah memantau pembebasan dan misi menyelamatkan tiga lagi rakyat Malaysia yang ditahan militan Abu Sayyaf.

“Saya sendiri akan hubungi beliau untuk ucapkan penghargaan dan terima kasih atas usahanya sendiri dalam pembebasan rakyat kita sempena hari jadi beliau ke-72 baru-baru ini.

“Ini tanda keakraban hubungan Filipina-Malaysia. Saya ucapkan terima kasih atas kejayaan ini. Juga penghargaan kepada tentera Filipina, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Wisma Putra, kerajaan negeri Sabah, Kelab Putera 1Malaysia yang telah membantu menguruskan pembebasan rakyat kita,” katanya.

Dilapor, ketiga-tiga mangsa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 8 malam semalam selepas diselamatkan Joint Task Force Sulu semasa menjalankan operasi ketenteraan bersepadu di Sulu pada 26 Mac lalu.

Najib berkata kesemua mangsa culik akan menjalani pemeriksaan kesihatan dalam tempoh terdekat dan boleh pulang ke tempat masing-masing selepas selesai proses yang sepatutnya.

Perdana menteri juga dimaklumkan bahawa ada di antara mangsa culik itu ingin menyertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tugasan di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) jika mempunyai peluang kelak.

“Saya sudah menghubungi Datuk Seri Shahidan Kassim (Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi APMM) untuk memberi tempat sebagai anggota pasukan itu selepas menjalani latihan sedikit masa lagi.

“Ini menunjukkan semangat mereka, malah mereka tahu keadaan di pulau-pulau di sana. Oleh kerana itu, mereka ingin menyumbang kepada usaha meningkatkan tahap keselamatan di kawasan Esszone,” katanya.

Pada Isnin lepas, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut bertemu dan mendengar sendiri cerita dua lagi nelayan yang turut menjadi mangsa culik, Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63.

Pada 18 Julai lepas, kelima-lima mereka diculik oleh kumpulan militan itu dan kapal tunda Serudong 3 yang mereka naiki ditemukan dalam keadaan enjin masih hidup di perairan Dent Haven, Lahad Datu, Sabah. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Jong-NamKorea UtaraNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd