• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jong-nam: Beberapa Lagi Individu Akan Ditahan – KPN

oleh
19/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan terdapat beberapa lagi individu yang akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.

Beliau berkata bagaimanapun identiti mereka tidak akan didedahkan bagi melancarkan siasatan yang dilakukan.

“Memang saya tidak menafikan terdapat sasaran individu-individu baharu termasuk orang-orang Korea Utara yang terlibat dalam pembunuhan ini dan kita akan menggunakan saluran undang-undang untuk mendapatkan mereka.

“Namun saya tidak boleh mendedahkan siapa mereka, tapi kita percaya ada di antara mereka ialah orang penting,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Sang Saka Biru sempena Hari Polis Ke-210 pada 25 Mac ini.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Zulkifli Abdullah dan Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan.

Turut diadakan ialah prapelancaran Kempen Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP).

Sementara itu Khalid berkata pihak polis masih menunggu bantuan daripada republik itu untuk menahan empat suspek lelaki yang dikehendaki iaitu Rhi Ji-hyon, 33, Hong Song-hac, 34, O Jong-gil, 55, dan Ri Jae-nam, 57 yang kini dipercayai berada di Pyongyang.

“Sekiranya pihak Korea Utara tidak mahu membantu, kita akan tengok apa-apa undang-undang lain yang boleh digunakan untuk menangkap keempat-empat suspek tersebut.

“Ini adalah kes jenayah. Janganlah kita campurkan dengan hal-hal politik. Kita menyiasat kes pembunuhan yang berlaku di negara ini. Jadi adalah menjadi tanggung jawab kita menyiasat dengan telus dan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un didakwa dibunuh dua wanita warga asing yang menyapu mukanya dengan agen saraf VX ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas untuk menaiki pesawat ke Macau.

Jong-nam yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol meninggal dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Dua wanita warga asing tersebut iaitu Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lepas berhubung kes itu.

Baru-baru ini mayat Jong-nam telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar untuk diuruskan.

Mengenai program kembara itu, Khalid berkata TAWP yang akan mengumpul dana kebajikan untuk bekas, pesara polis dan ahli keluarga mereka akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur pada 25 Mac ini.

“Kita tidak akan membenarkan lagi Persatuan Bekas Polis mengutip apa jua bentuk derma daripada masyarakat kerana orang ramai boleh memberi sumbangan dalam tabung khas ini yang dipengerusikan sendiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Jong-Namkhalid abu bakarKorea Utara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Terakhir, Muhammad Aiman Ditemukan

Next Post

Sebilangan Penduduk Kulai Terjejas, Alami Banjir Kilat

Related Posts

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

07/09/2024
0

SEOUL : Korea Utara melancarkan kira-kira 190 belon yang dipenuhi kertas dan sisa lain ke arah Korea Selatan dan kebanyakannya...

Korea Utara, Russia Bincang Pertingkat Kerjasama Ketenteraan

Korea Utara, Russia Bincang Pertingkat Kerjasama Ketenteraan

17/09/2023
0

SEOUL : Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu mengadakan perbincangan dalam usaha untuk meningkatkan...

Next Post

Sebilangan Penduduk Kulai Terjejas, Alami Banjir Kilat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd