• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johari Mahu Jawab Kecaman Di Sidang DUN

oleh AK-47
28/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata beliau akan menjawab kritikan mengenai tindakan kerajaan negeri membeli Loji Hidroelektrik Bakun daripada kerajaan Pusat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya pihak pembangkang telah mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang membayar harga tinggi sebanyak RM2.5 bilion bagi pembelian itu.

“Saya tidak mahu berdebat di akhbar…saya mahu memberikan mereka maklumat terperin ci serta apa faedah yang diperoleh daripada pembelian Loji Hidroelektrik
Bakun.

“Sidang DUN adalah pentas terbaik kerana pembangkang boleh menyoal saya pada hari itu,” katanya dalam sidang media sewaktu lawatan rasmi pertamanya sebagai Ketua Menteri ke Menara Sarawak Energy.

Katanya pembelian loji itu akan meningkatkan bekalan tenaga oleh Sarawak Energy dan akhirnya menjadikan negeri itu sebagai antara kuasa besar bidang itu di negara ini.

Ditanya sama ada pengambilalihan itu telah selesai, Abang Johari berkata ia sudah hampir dimuktamadkan sambil menambah butirannya sedang diperincikan.

Mengenai Empangan Baleh, ketua menteri itu berkata kerja-kerja awal bagi projek itu telah dimulakan.

Katanya, Sarawak Energy telah mengemukakan rancangannya untuk meningkatkan infrastruktur supaya bekalan tenaga setanding dengan pembekal lain dari segi kecekapan membekalkan tenaga.

“Saya meminta mereka mencapai tanda aras seperti Singapura kerana dengan bekalan tenaga seperti itu, saya rasa kami mampu menarik lebih banyak pelabur teknologi tinggi untuk datang ke Sarawak kerana mempunyai tenaga diperbaharui,’ katanya.

Abang Johari berkata Sarawak Energy juga memberi taklimat mengenai kejayaan kerjasama mereka membekalkan tenaga kepada wilayah Kalimantan di Indonesia yang memerlukan peningkatan bekalan tenaga.

“Ini bermakna masa depannya adalah baik kerana Sarawak Energy bukan hanya menjadi pembekal tenaga tetapi rakan pembangunan di Borneo, terutama di Kalimantan, Sabah dan kemudian di Brunei,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendaki Tertua Malaysia Sedia Daki Everest Kali Ke-2

Next Post

Songket Malaysia Diketengah Di Muzium Perancis

Related Posts

Badan Bukan Islam Akan Terus Mendapat Peruntukan

24/12/2018
0

KUCHING - Komitmen kerajaan Sarawak untuk memupuk keharmonian dan pemahaman agama bukan hanya sekadar dalam bentuk lisan tetapi juga dalam...

Pendaftaran GPS: Abang Jo Ucap Terima Kasih

19/11/2018
0

SIBU - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS)...

Next Post

Songket Malaysia Diketengah Di Muzium Perancis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd