• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JBPM Tidak Kompromi Anggota Terlibat Rasuah

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang terlibat dengan gejala rasuah.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Amer Yusof berkata tindakan tegas akan diambil termasuklah menamatkan perkhidmatan anggota terbabit serta-merta sekiranya terbukti terlibat dengan amalan yang tidak bermoral itu.

“Kita memandang serius perkara ini kerana ia boleh menghakis kepercayaan masyarakat terhadap jabatan bomba sekali gus mencalarkan imej kita di mata rakyat,” katanya selepas majlis Paluan Berundur Pengarah JBPM Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Ahmad Shahabuddin di sini hari ini.

Timbalan Pengarah JBPM Kedah, Awang Hidzel Awang Bujang akan memangku jawatan itu.

Amer berkata walaupun terdapat beberapa kes terpencil melibatkan anggota yang disyaki terlibat rasuah baru-baru ini, namun ianya tidak boleh dipandang sepi dan perlu kepada tindakan tegas untuk mengatasinya.

Sehubungan itu, pihaknya akan terus menggiatkan kempen integriti kepada semua pegawai dan anggota bomba supaya menjalankan tugas dengan amanah dan penuh tanggungjawab.

“Selain itu, kita juga akan memberi fokus kepada bahagian-bahagian yang memberi ruang dan peluang kepada amalan ini dan kita mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai untuk memaklumkan kepada kita jika ada anggota bomba yang disyaki menerima rasuah untuk diambil tindakan,” katanya.

Pada masa yang sama, Amer berharap masyarakat tidak memandang serong terhadap JBPM kerana aktiviti rasuah ialah isu yang patut ditangani secara bersama.

Dalam pada itu, Ahmad, 58, anak kelahiran Pulau Pinang dalam ucapannya berkata walaupun telah menamatkan perkhidmatan dalam pasukan bomba, beliau tidak akan berhenti daripada menyumbang idea dan buah fikiran bagi sama-sama membangunkan pasukan bomba agar terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Saya akan terus memberi nasihat dan sumbangan kepada pasukan bomba yang masih memerlukan khidmat saya walaupun sudah tidak lagi berada dalam jabatan ini kerana pekerjaan ini sudah sebati dalam jiwa dan raga saya,” katanya.

Ahmad mula berkhidmat di JBPM sebagai Kadet Pegawai pada 1977 sebelum ditugaskan sebagai ketua operasi di JBPM Kedah setahun kemudian dan memegang jawatan terakhirnya itu sejak 2011. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd