• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan ASEAN ‘Dunia Kanak-Kanak Yang Sempurna’

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ASEAN perlu bekerjasama dan sepakat membanteras jenayah kekerasan dan seksual terhadap kanak-kanak, dalam usaha menjadikan rantau ini sebagai ‘dunia yang sempurna untuk kanak-kanak’.

Bekas Presiden Republik Indonesia Megawati Soekarnoputri berkata satu sistem perundangan yang adil dan khusus perlu diwujudkan dalam melindungi kanak-kanak.

“Semoga kita terus dapat jalin kerjasama serantau untuk mengakhiri segala bentuk kekerasan. Perjuangan ASEAN bukan perjuangan mudah, ini perjuangan bersama bagi memenuhi hak asasi manusia. Ini adalah upaya ASEAN untuk cipta dunia kanak-kanak yang sempurna,” katanya.

Presiden kelima Indonesia itu berkata demikian ketika membentangkan perutusan khas kerjasama rantau ASEAN dalam membanteras jenayah seksual kanak-kanak pada Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak:Hentikan!! di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Beliau hadir atas jemputan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung Permata.

“Jelas kita tidak bisa sendiri-sendiri menghentikannya. Diperlukan kerjasama untuk mengatasi masalah ini dengan melahirkan sistem hukum yang adil bagi perempuan dan kanak-kanak,” kata Megawati.

Seminar dua hari bermula semalam dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dihadiri hampir 2,000 peserta termasuk isteri pemimpin politik, ahli akademik, pengusaha taman asuhan kanak-kanak dan penuntut universiti.

Megawati percaya Malaysia mempunyai komitmen yang kuat dalam menyelesaikan permasalahan tersebut secara holistik dan komprehensif.

Beliau menyatakan kepercayaan sebagai rakan serumpun, Malaysia dan Indonesia mampu berganding bahu memperjuangkan hak dan suara keadilan secara kolektif.

Berkongsi usahanya ketika menjadi presiden dari 2001 sehingga 2004, Megawati berkata pelbagai dasar telah dilaksanakan dalam membela kanak-kanak dan wanita di Indonesia.

“Tahun 2002, saya sebagai Presiden telah menandatangani keputusan rencana aksi penghapusan bentuk-bentuk pekerjaan terburuk untuk anak, rencana aksi nasional penghapusan eksploitasi seksual komersial anak dan rencana aksi nasional penghapusan perdagangan perempuan dan anak,” katanya. – BERNAMA

Tags: ASEANkanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd