• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Zakir Naik: Ibrahim Ali Mohon Jadi Pencelah Saman

oleh Ahmad Albab
14/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali hari ini memohon untuk menjadi pencelah dalam saman pemula difailkan pengerusi Hindu Rights Action Force (Hindraf) P. Waytha Moorthy bersama 18 individu lain.

Saman pemula itu adalah bagi menuntut perisytiharan mahkamah bahawa pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik sebagai suatu ancaman kepada keselamatan negara dan dilarang daripada memasuki Malaysia.

Ibrahim memfailkan permohonan itu bersama peguam yang mewakilinya, Adnan Seman menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam permohonan itu, Ibrahim antara lain mendakwa saman difailkan kesemua individu itu telah menjejaskan hak kepentingan umat Islam untuk mendengar dan mendapatkan ilmu secara langsung melalui ceramah dan khutbah yang disampaikan oleh Dr Zakir.

Katanya, Perkasa juga adalah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan dengan matlamat untuk memperkasakan agama Islam sebagai agama persekutuan negara ini.

Dalam saman difailkan pada 1 Mac lepas, Waytha Moorthy bersama 18 yang lain terdiri daripada ahli politik, peguam dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menamakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ketua Polis Negara (KPN) dan kerajaan sebagai defendan.

Dalam permohonan tersebut, mereka menuntut perintah perisytiharan bahawa penceramah terkenal itu merupakan ancaman kepada ketenteraman rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini dan perlu ditangkap serta-merta.

Mereka turut mendakwa Zakir telah menggalakkan keganasan, dihalang memasuki beberapa negara kerana disyaki bekerjasama dengan beberapa kumpulan pengganas selain memberi dorongan kepada warga asing yang berada di negara ini untuk mengganggu ketenteraman awam.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menetapkan esok untuk pengurusan kes saman pemula yang difailkan 19 individu itu.

Ibrahim, yang hadir ke mahkamah hari ini berkata polemik Dr Zakir berpunca daripada persepsi yang dilakukan oleh pihak tertentu kononnya beliau (Dr Zakir)menyampaikan ceramah yang boleh memberi rangsangan kepada keganasan.

“Saya rasa amat kesal atas dakwaan yang dilemparkan terhadap Dr Zakir dan tujuan saya hadir ke mahkamah adalah untuk mencari kebenaran. Perkasa mula bertindak apabila Islam diprovokasi oleh pihak lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Zakir NaikIbrahim Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibrahim Tawar Diri Bantu PM Punggah ‘Duit’ Dr M Dari Luar Negara

Ibrahim Tawar Diri Bantu PM Punggah ‘Duit’ Dr M Dari Luar Negara

31/05/2024
0

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali, menawarkan diri untuk membantu keranaan "memunggah" wang berbillion ringgit yang didakwa kepunyaan...

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd