• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Lulus Undang-Undang Sekat Azan

oleh Ahmad Albab
10/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS – Parlimen Israel memberi kelulusan peringkat awal terhadap dua langkah kontroversi yang bakal mengehadkan laungan azan dari masjid, termasuk larang sama sekali penggunaan pembesar suara sepanjang masa.

Rang undang-undang itu dengan yang keduanya akan mengharamkan penggunaan pembesar suara antara jam 11 malam dan 7 pagi akan dibahaskan lagi dengan tiga lagi bacaan sebelum ia menjadi undang-undang.

Ia diluluskan pada peringkat awal lewat kelmarin selepas perbahasan hangat antara anggota parti pemerintah dan ahli Parlimen Arab yang sebahagian mereka mengoyakkan salinan rang undang-undang itu serta diusir dari Dewan.

Ia diluluskan 55 anggota menyokong dan 48 menentang selepas perdebatan hangat antara anggota perwakilan.

Anggota Parlimen Arab, Ahmed Tibi yang mengoyak salinan rang undang-undang itu dan dilarang meneruskan perbahasan berkata, undang-undang itu bersifat perkauman dan menegaskan, ia tidak akan berjaya mengekang umat Islam melaungkan azan di masjid.

Penyokong undang-undang itu mendakwa azan, khususnya pada waktu Subuh, mengganggu penduduk yang tinggal berhampiran masjid.

Undang-undang itu jika dikuatkuasakan akan menyaksikan mereka yang melanggarnya didenda sebanyak 10,000 shekel (RM12,000).

Pemimpin Parti Kesatuan Zionis yang berhaluan tengah dan juga bekas menteri luar, Tzipi Livina berkata, rakyat Israel sepatutnya menentang undang-undang itu yang menurutnya hanya menyebarkan kebencian dan meningkatkan ketegangan antara penduduk Islam dan Yahudi.

Kira-kira 20 peratus rakyat Israel keturunan Arab dan beragama Islam. – Agensi/myMetro Online

Tags: azanIsrael
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd