• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ikut Contoh Terbaik Idola Anda” – Usain Bolt

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Ikut contoh terbaik idola anda.”

Itu nasihat Manusia Terpantas Dunia, Usain Bolt yang turut mempunyai idolanya yang menguatkan semangatnya untuk berjaya, kepada atlet muda.

Bolt, dari Jamaica yang meraih kejuaraan berganda bagi acara 100 meter dan 200m pada Sukan Olimpik 2008, 2012 dan 2016, mendedahkan beliau mengagumi bekas jaguh pecut Amerika Syarikat, Michael Johnson yang meraih empat kejuaraan Olimpik.

“Saya sering mahu menjadi juara Olimpik seperti dia (Johnson) sejak dari kecil dan Johnson menjadi idola saya kerana telah meraih banyak kejayaan,” kata Bolt, 30.

Beliau berkata demikian di hadapan 3,000 hadirin dalam ceramah bertajuk ‘Lightning Bolt Transformation: The Usain Bolt Code’ yang dikendalikan pengacara dan wartawan CNN International, Richard Quest, di sini hari ini.

Ceramah itu adalah sebahagian daripada program dua hari Forum Tranformasi Global yang berakhir hari ini.

Bolt juga menegaskan disiplin diri adalah faktor utama yang membantu atlet untuk berjaya.

“Ia bukan perjalanan yang mudah untuk saya berada di kedudukan sekarang. Banyak yang terpaksa dikorbankan termasuk melupakan hasrat berkumpul bersama rakan lain.

“Namun saya gembira mendapat sokongan daripada keluarga dalam olahraga,” kata juara Olimpik dan dunia itu.

Bolt yang memegang rekod dunia acara 100 dan 200m turut mendedahkan bahawa beliau adalah pemain kriket ketika remaja sebelum bapanya menyedari potensi yang ada padanya untuk menjadi pelari pecut yang baik. – BERNAMA

Tags: Usain Bolt
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 15 Tahun Ini Bakal Jadi ‘Usain Bolt’ Malaysia?

23/04/2019
0

LARIAN seorang pelajar yang menyertai acara 100 meter di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019 (MSSM) menjadi bualan hangat para...

‘Bolt Lebih Sesuai Beraksi Di Posisi Pertahanan’ – Vicente

13/09/2018
0

MADRID - Bekas pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque merasakan Usain Bolt akan menjadi ‘pemain bola sepak yang amat bagus’ tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd