• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Singapura Jual Sudu, Cawan, Jag Kepada Pesakit

oleh
23/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Berbeza dengan Malaysia apabila hanya membayar RM1 untuk rawatan lengkap pesakit luar, di Singapura yang dianggap negara maju, segala-galanya perlu dibayar mahal.

Terbaharu, sebuah hospital terkenal di republik itu, Tan Tock Seng Hospital (TTSH) sanggup menjual cawan, piring, sudu teh waima jag air dalam satu pek khas dengan harga S$6 (kira-kira RM19) kepada pesakit sejak bulan lalu.

Bagaimanapun mereka yang kurang berkemampuan masih lagi mempunyai pilihan untuk menggunakan set makan sedia ada dan sering diguna semula ramai pesakit lain selepas ia selesai dibersihkan oleh pihak hospital tersebut.

Ketua jururawat TTSH, Yong Keng Kwang berkata, idea penjualan set sajian itu timbul setelah beberapa pesakit menyuarakan keprihatinan tentang tahap kebersihan cawan yang pernah dikongsi mereka selama ini agak jijik.

Diberi nama Pek Mudah, set tersebut mulanya dirintis di sebuah wad pada Oktober lalu. Ia diwujudkan ekoran ada pesakit ternampak beberapa pesakit lain suka meludah ke dalam cawan yang disediakan buat penggunaan pesakit.

Keng Kwang memberitahu agensi berita tempatan MediaCorp, beberapa pesakit juga didapati selamba sahaja gemar menggunakan cawan tersebut untuk menyimpan pelbagai barangan peribadi mereka, seperti gigi palsu terpakai.

Cawan dan jag air yang dikongsi dihantar ke dapur pusat hospital tersebut setiap pagi untuk dicuci dan dibersihkan daripada kuman, begitu juga sudu garpu yang diberi bersama dulang makanan, selepas setiap kali digunakan.

“Meskipun pihak TTSH sudah memberikan jaminan, beberapa pesakit masih lagi berasa tidak selesa, dan maklum balas yang serupa diberikan berulang kali apabila mereka jijik mengimbau pengalaman itu,” menurut Keng Kwang.

Set Pek Mudah, yang diilhamkan sendiri oleh para jururawat dan pegawai kesihatan TTSH, juga akan menjadi hak milik pesakit tersebut, yang boleh dibawa pulang ke rumah selepas habis menjalani rawatan di wad hospital.

Namun para pesakit ujar Keng Kwang, tidak perlu membeli pek tersebut jika mereka tidak mempunyai sebarang keprihatinan serius berhubung penggunaan bersama cawan dan jag yang dikongsi dengan ramai pesakit lain itu.

Hospital-hospital awam lain yang dihubungi Mediacorp bagaimanapun menyatakan bahawa ia buat masa ini belum berhasrat lagi menyediakan pilihan sedemikian kepada para pesakit mereka untuk mengelak peningkatan caj.

Di Singapura, pesakit Jabatan Kecemasan mana-mana hospital dikenakan bayaran S$115 (RM364) manakala caj konsultasi doktor daripada serendah S$12 (RM38) dan perkhidmatan ambulans pula ialah S$140 (RM450). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beri Peluang Sean Yee Beraksi Sukan SEA 2017

Next Post

Malaysia Dijangka Bebas Malaria Menjelang 2020

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

Malaysia Dijangka Bebas Malaria Menjelang 2020

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd