• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Tular Upacara ‘Raja Bomoh’ – Asyraf Wajdi

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Orang ramai diingatkan tidak menularkan upacara perbomohan Ibrahim Mat Zin atau dikenali sebagai Raja Bomoh yang dikatakan ‘memagar’ Malaysia daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana perbuatan mentularkan ritual oleh lelaki berasal dari Teluk Intan, Perak, itu secara tidak langsung mempromosikan individu itu.

“Memang inilah matlamat individu tersebut, iaitu diviralkan (ditularkan) supaya menjadi seorang yang lebih popular. Banyak lagi agenda negara yang lebih besar boleh dikongsikan.

“Jika menyebarkan aktiviti ini, dia yang akan mendapat publisiti sedangkan kita boleh berfikir sama ada upacara berkenaan logik atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Terdahulu, Asyraf Wajdi, yang juga Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, merasmikan Mesyuarat Agong Berkelompok Cawangan UMNO Bahagian Alor Gajah di sini yang turut dihadiri Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.

Asyraf Wajdi berkata penguatkuasaan terhadap tindakan yang dilakukan oleh individu terbabit hanya boleh dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam negeri.

“Perak sudah pun membuat fatwa dan kita tunggu jabatan agama Islam negeri ini untuk membuat tindakan penguatkuasaan. Kita di peringkat pusat tidak ada penguatkuasaan,” katanya.

Kerajaan Perak mewartakan fatwa mengenai pengharaman upacara perbomohan Ibrahim Mat Zin di bawah Seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 pada 3 Ogos 2015.

Video dan pelbagai rakaman gambar aksi terbaru ‘Raja Bomoh’yang juga Pengasas Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Aksi ‘Raja Bomoh’ itu dipercayai dilakukan rentetan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lepas. – BERNAMA

Tags: Asyraf WajdiRaja Bomoh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Vivian Hoo/Khe Wei Kalah Mengejut Terbuka Switzerland

Next Post

Najib Lancar Ekspresi Rakyat Di Dataran Putrajaya

Related Posts

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Peratusan Keluar Mengundi Rendah Petanda Positif Buat Kerajaan? -Asyraf Wajdi

Peratusan Keluar Mengundi Rendah Petanda Positif Buat Kerajaan? -Asyraf Wajdi

12/08/2023
0

PETALING JAYA : ‘Apakah ada petanda positif untuk Kerajaan Perpaduan?’ (Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat...

Next Post

Najib Lancar Ekspresi Rakyat Di Dataran Putrajaya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd