• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Hadiah Istimewa’ Buat Rakyat Johor Bakal Diumum

oleh Ahmad Albab
21/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal mengumumkan ‘hadiah istimewa’ berbentuk skim perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri ini sempena Hari Keputeraan baginda yang disambut Khamis ini.

Baginda bertitah skim itu yang berstatuskan hak milik bebas adalah yang pertama seumpamanya dan bakal dibangunkan di Bandar Dato Onn di sini di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim.

Ia turut mendapat kerjasama daripada Bank Rakyat dan menawar konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai projek itu tidak didedahkan kerana baginda meminta rakyat hadir sendiri ke Galleria Kota Raya di sini Rabu ini bagi menyaksikan pelancaran projek.

“Ia dibuka kepada semua bangsa Johor yang layak. Akan tetapi, proses pemilihan adalah amat ketat dan teliti.

“Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1 sebagai deposit dan mereka akan ditawarkan pinjaman penuh dengan skim pembayaran semula yang mudah,” titah Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Media Diraja Johor di sini, Selasa.

Titah baginda lagi, adalah menjadi hasrat baginda untuk melihat Bangsa Johor menjadi sebuah komuniti yang memiliki rumah dengan memastikan skim ini benar-benar mampu dimiliki, murah dan berkualiti tinggi.

Baginda juga sempat membayangkan bagaimana rakyat boleh memiliki sebuah banglo tiga bilik atau rumah berkembar dengan harga bawah RM100,000 seunit.

Dalam pada itu, baginda menjangkakan projek itu mampu membuat ‘kejutan’ dalam industri perumahan tempatan, sekali gus memaksa pemaju swasta menurunkan harga rumah.

“Kita mesti memastikan rumah mampu dimiliki oleh semua. Harga sekarang adalah di luar jangkauan mereka yang berpendapatan sederhana,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: Sultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd