• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gomez Pertahan Safiq, Aidil, Kunalan, Amirul Hadi

oleh Ahmad Albab
30/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jurulatih baharu Harimau Malaysia, Mario Gomez mempertahankan kemunculan semula empat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mewakili skuad kebangsaan.

Kata beliau, empat pemain itu iaitu Mohd. Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S.Kunanlan dan Mohd. Amirul Hadi Zainal merupakan aset kepada negara.

“Mereka telah banyak menabur bakti dan jasa kepada negara sebelum mereka membuat keputusan bersara dari peringkat antarabangsa.

“Dengan pengetahuan saya tentang taktikal permainan sebahagian pemain tempatan, ianya adalah satu corak permainan baharu yang akan digunakan untuk skuad kebangsaan.

“Hanya mereka yang tidak tahu mengenai bola sepak akan menyangkal kenyataan dan menafikannya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pengumuman Mohd. Safiq, Aidil Zafuan, Kunalan dan Mohd. Amirul Hadi untuk kembali mewakili skuad kebangsaan selepas mengumumkan pesaraan mereka pada tahun lalu mengundang kritikan ramai pihak.

Peminat bola sepak tempatan di media sosial turut melahirkan rasa kurang senang terhadap sikap mereka yang dilihat tidak profesional dan bertanggungjawab dalam mewakili negara.

Keempat-empat pemain itu sebelum ini mengumumkan bersara daripada mewakili pasukan negara melalui laman Facebook rasmi pasukan JDT.

Mereka dikatakan berhasrat kembali mewakili negara selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dipilih menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mario Gomez
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya TMJ, Bukan Tak Mampu Bayar” – Tunku Ismail

06/12/2017
0

SEBAGAI pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim sama sekali tidak gentar dengan ugutan Mario Gomez yang ingin...

TMJ Tak Gentar Gomez Mahu Bawa Isu Gaji Ke Mahkamah

06/12/2017
0

NIAT Mario Gomez yang merupakan bekas pengurus kelab boleh sepak JDT untuk heret Tunku Mahkota Johor (TMJ) ke muka pengadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd