• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Bertudung Kantoi Curi Barang Kemas

oleh AK-47
07/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKSI seorang wanita yang elok bertudung dipercayai cuba mencuri barang kemas di sebuah kedai di Kuala Terengganu menjadi tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, sebuah rakaman kamera litar tertutup (cctv) memaparkan tangan seorang wanita yang memakai tudung dipegang oleh seorang lelaki yang dipercayai pekerja kedai barang kemas itu.

Paparan pada video berkenaan menunjukkan kejadian tersebut berlaku pada 1.46 petang tadi yang membabitkan seorang gadis dipercayai cuba mencuri gelang emas sewaktu berurusan dengan pekerja kedai.

Dalam kejadian berkenaan, gadis tersebut ke kedai emas bersama ibu saudaranya dan seorang wanita lain untuk membeli gelang emas.

Gadis Bertudung Kantoi Curi Barang Kemas

Ketika proses berkenaan, gadis tersebut mengambil kesempatan dengan mengambil seutas gelas emas dan menyembunyikan dalam genggaman tangannya.

Pekerja lelaki yang menyedari gelagat wanita mencurigakan itu bertindak pantas memegang tangan gadis tersebut bagi mengelakkan dia melarikan diri.

Menerusi video berkenaan, ada suara yang menyatakan barang kemas yang cuba dicuri wanita tersebut dicampak ke bawah selepas kantoi.

Keadaan di kedai berkenaan kelam kabut seketika dan wanita tersebut seolah-olah menafikan cuba mencuri barang kemas.

Terdapat dua wanita lain yang bersama gadis tersebut semasa kejadian berlaku.

Wanita tersebut kelihatan memegang poket pakaiannya dengan menunjukkan tiada barang kemas yang diambil dari kedai berkenaan.

“Tak mengaku dia, padahal bukti ada.

“Dia tunjuk poket, memang lah tiada, dah jatuh dah,” kata suara di dalam video berkenaan.

Dalam video berlainan, wanita yang sama kelihatan menangis selepas kantoi mencuri dan pemilik kedai mahu membawa kes tersebut ke balai polis.

Seorang wanita yang memakai baju berwarna merah mendakwa dia adalah ibu saudara kepada gadis tersebut dan kesal dengan kejadian itu.

“Kenapa buat seperti itu,” kata wanita berkenaan.

Difahamkan, kejadian tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: barang kemaskantoiKes Curi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siapa Ganti Nabila Huda Dalam Munafik 2?

Next Post

AFC Umum Stadium Berkecuali Dalam 2 Hari Lagi

Related Posts

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Gadis Rugi RM4,000 Serah Barang Kemas Tanpa Sedar

Gadis Rugi RM4,000 Serah Barang Kemas Tanpa Sedar

16/11/2024
0

KUANTAN - Seorang pekerja sebuah kedai barangan kosmetik kerugian kira-kira RM4,000 selepas diperdaya wanita tidak dikenali sehingga menyerahkan barang kemas...

Next Post

AFC Umum Stadium Berkecuali Dalam 2 Hari Lagi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd