• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAP Lantik Zainal Selamatkan Harimau Kumbang

oleh Ahmad Albab
24/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) melantik bekas jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan sebagai ketua jurulatih baharu skuad Harimau Kumbang dalam usaha menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Pada sesi memperkenalkan Zainal Abidin, 54, kepada media hari ini, Presiden FAP Zairil Khir Johari meluahkan keyakinannya akan kemampuan bekas pemain kebangsaan itu membantu Pulau Pinang mengharungi baki musim Liga Super 2017.

“Pelantikan Zainal berkuat kuasa Isnin depan dan saya percaya kita telah menemui seorang ketua jurulatih berpengalaman yang mampu memulihkan kembali semangat pemain serta memastikan Pulau Pinang kekal dalam Liga Super,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pada majlis itu kerajaan negeri turut mengumumkan dana tambahan sebanyak RM3 juta kepada FAP.

Zainal Abidin mengambil alih tugas jurulatih import Ashley Westwood yang ditamatkan kontraknya Ahad lepas susulan prestasi hambar skuad Harimau Kumbang sejak musim 2017 bermula.

Mengulas pelantikannya, Zainal Abidin yang pernah membimbing Pahang menjuarai Liga Super pada 2004, berkata beliau tidak menjanjikan magik namun akan berusaha sepenuh hati untuk mengubah nasib pasukan Pulau Pinang.

“Saya akan membuat penilaian apabila mula bertugas secara rasmi Isnin ini dan setiap pemain harus menunjukkan prestasi terbaik untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama,” katanya.

Zainal Abidin turut memohon sokongan padu semua pemain, pembantu jurulatih serta penyokong Harimau Kumbang untuk memastikan skuad itu mencapai sasarannya.

Pulau Pinang kini di tangga tercorot Liga Super 2017 dengan hanya mengumpul dua mata daripada lapan perlawanan dan satu-satunya pasukan yang belum mencatatkan kemenangan dalam saingan itu setakat ini.

Sejak menerajui Harimau Kumbang pada November 2016, Westwood gagal menyerlahkan prestasi skuad itu apabila sekadar mencatatkan satu kemenangan iaitu dalam saingan Piala FA, menundukkan MPKB-BRI U-Bes 1-0 pada Februari lalu.

Pulau Pinang bagaimanapun tercicir daripada saingan Piala FA selepas dibenam 1-4 oleh Negeri Sembilan pada pusingan ketiga 11 Mac lalu manakala peluangnya dalam Piala Malaysia 2017 juga malap berikutan prestasi tidak memberangsangkan dalam pusingan pertama Liga Super setakat ini yang hanya berbaki tiga perlawanan. – BERNAMA

Tags: FAPZainal Abidin Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAP Dapat RM5 Juta Hadapi Musim Baharu Liga Premier

14/11/2018
0

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang akan memperuntukkan RM5 juta kepada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) bagi menghadapi Liga...

Zainal Abidin Punya ‘Aura’ Tersendiri

01/11/2018
0

MELAKA - Kredibiliti dan pengalaman luas dalam mengendalikan beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M) merupakan faktor utama Melaka United memilih Zainal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd