• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ECRL Lonjak Sektor Ekopelancongan Bentong

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mampu mewujudkan akses lebih luas dalam merancakkan sektor ekopelancongan di kawasan Bentong, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.’

Beliau berkata selain kaya dengan sumber alam semula jadi yang menjadi tarikan pelancong, pewujudan ECRL juga dilihat mampu membantu penduduk sekitar memasarkan produk pertanian.

“Apabila ECRL siap, sektor ekopelancongan dijangka akan lebih rancak kerana Bentong mempunyai banyak tempat menarik selain produk tempatan seperti hasil pertanian.

“Kita juga bercadang wujudkan pusat jualan langsung bagi memasarkan produk pertanian yang secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Karak di sini hari ini.

Anggota Parlimen Bentong dan presiden MCA itu berkata kewujudan ECRL kelak akan menjadikan Bentong satu kawasan menarik untuk didiami mereka yang bekerja di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan cadangan pembinaan ECRL sepanjang kira-kira 600 kilometer sewaktu pembentangan Bajet 2017, yang akan menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat di Kelantan.

Projek itu dijadual bermula Julai tahun ini dan dijangka siap pada Jun 2024.

Dalam pada itu, Liow mengalu-alukan maklum balas penduduk setempat berhubung projek berkenaan. – BERNAMA

Tags: bentongECRL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd