• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Firma Malaysia Sedia Perisian Universiti Maldives

oleh AK-47
18/03/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua syarikat Malaysia, Informinent Sdn. Bhd. dan TFP Solutions Berhad memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Islam Maldives (IUM) bagi penyediaan perisian pendidikan untuk operasi harian universiti berkenaan.

Menerusi perjanjian tersebut, sistem pengurusan pendidikan universiti ciptaan Malaysia, ‘GoMyCampus’, akan merangka kitaran operasi universiti secara digital bagi meningkat, memudahkan, menyelaras serta mengintegrasikan operasi semasa universiti berkenaan.

Sistem ciptaan Malaysia itu membolehkan pelajar berkomunikasi dengan rakan mereka bagi berkongsi ilmu dan bertukar pandangan serta ibu bapa boleh mengakses perkembangan pembelajaran anak mereka.

MoU tersebut ditandatangani oleh pengasas Informinent, Foo Haw Jan, Pengerusi TFP, Datuk Jamaludin Hassan manakala IUM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Pentadbiran dan Kewangan), Ali Rasheed.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Ir. Dr. Mohd Shahreen Zainooreen Madros dan Kaunselor Perdagangan Maldives di Malaysia, Hassan Khalid.

Sementara itu, Mohd. Shahreen berkata MoU itu mencerminkan keupayaan syarikat Malaysia menyediakan penyelesaian siap guna untuk dunia.

“Walaupun Matrade telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan eksport Malaysia, adalah menjadi harapan saya untuk melihat sektor swasta lebih agresif dalam meneroka peluang di luar negara terutamanya dalam perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),” katanya.

Menurutnya, jumlah eksport Malaysia ke Maldives tahun lepas mencecah AS$116.5 juta (RM517.3 juta) manakala nilai import dari Maldives sebanyak AS$1.2 juta (RM5.32 juta).

Keupayaan Malaysia dalam sektor ICT semakin mendapat tempat di dunia dengan nilai eksport dalam sektor ICT tahun lepas mencecah RM30.09 bilion. – BERNAMA

Tags: MaldivesPendidikan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Lawat SJKT Taman Tun Aminah, Pastikan Pendidikan Untuk Setiap Anak Johor

Onn Hafiz Lawat SJKT Taman Tun Aminah, Pastikan Pendidikan Untuk Setiap Anak Johor

22/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali lagi membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat...

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekilas pandang di merata dunia, yang berketurunan Cina jarang dapat berpendidikan dalam Bahasa Mandarin melainkan di China....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd