• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Drama ‘Jong-nam’ Selesai Selepas 46 Hari

oleh AK-47
31/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas 46 hari yang penuh tanda tanya, krisis Malaysia dan Korea Utara akibat kes pembunuhan seorang lelaki warganegara Korea Utara di Sepang, selesai hari ini.

Segalanya bermula susulan pembunuhan seorang lelaki, Kim Chol, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menunggu penerbangan ke Macau pada 13 Februari lepas.

Lelaki itu, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Kim Jong-nam iaitu abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, mati akibat mukanya dilumur dengan agen saraf VX oleh dua wanita warga asing.

Jong-nam, yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Dua wanita asing itu – Siti Aisyah, 25, warganegara Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warganegara Vietnam – didakwa membunuh Jong-nam di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lepas.

Susulan kes pembunuhan itu, Duta Korea Utara ke Malaysia Kang Chol membuat pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap usaha Malaysia mengendalikan kes itu, bertentangan dengan pendirian Kuala Lumpur yang menegaskan bahawa ia mengendalikan kes berkenaan secara profesional dan mengikuti standard antarabangsa.

Berikutan itu, kerajaan Malaysia mengisytihar Kang Chol sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak diterima negara ini, yang memaksa beliau meninggalkan Malaysia pada 6 Mac lepas.

Pyongyang pula mengambil tindakan sama terhadap Duta Malaysia ke Korea Utara pada hari yang sama.

Pada 7 Mac, Pyongyang menghalang 11 rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu, yang menyebabkan Kuala Lumpur mengambil tindakan serupa terhadap rakyat Korea Utara di Malaysia.

Namun, dua rakyat Malaysia yang bertugas dengan Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan mengikuti kursus WFP di Pyongyang, dibenarkan meningggalkan negara itu pada 9 Mac lepas dengan menuju ke Beijing, China.

Kira-kira 8.30 malam ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa sembilan rakyat Malaysia yang masih berada di Korea Utara telah dibenarkan meninggalkan negara itu.

Beberapa hari sebelum ini, pihak berkuasa menutup mulut dan hanya memaklumkan perundingan Kuala Lumpur-Pyongyang sedang berlangsung untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Hari ini, media yang berkampung di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di sini sejak 15 Februari lepas, melihat pergerakan luar biasa dengan sebuah van yang dipercayai membawa mayat Jong-nam, beredar keluar dari hospital berkenaan pada 1.40 tengah hari tadi.

Van jenazah berwarna kelabu, yang dipercayai membawa mayat Jong-nam, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.47 petang tadi.

Pesawat yang membawa mayat Jong-nam dilaporkan berlepas dari KLIA ke Beijing pada 7.30 petang tadi.

Sembilan rakyat Malaysia yang dibenarkan meninggalkan Korea Utara berlepas dari Pyongyang pada 7.45 malam ini waktu Malaysia dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pukul 5 pagi esok. – BERNAMA

Tags: kes pembunuhan Kim CholKim Jong-NamKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd