• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Didakwa Ahli Geng 360 Devan

oleh Ahmad Albab
06/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Dua puluh sembilan lelaki termasuk seorang bergelar datuk didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Datuk M Kalai Arasu, 45, dan 28 lagi yang berusia antara 21 tahun hingga 61 tahun sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Noridah Adam.

Ini berikutan kes berkenaan akan dibicarakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Tertuduh lain adalah M Mohan, P Subramaniam, S Ravindran, S Raman, RP Ponniah, E Shanmuhanathan, A Karpanah, JJ Jignasevaran, R Prem Raj, V Arivalagan, R Suresh Kumar, M Thananbalan, M Saravanan, R Sundran, AKR Erethai Pragash, T Ravendaran, M Danes, S Siveneswaran, VAR Vigny Alfred Raj, R Subramaniam, R Kannan, M Saravanan, M Jayakumar, P Karthik, I Ravindran, S Krishna, Mohamad Sarif Abd Karim dan R Yogendran.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan ‘Geng 360 Devan’ antara 1 Januari 2015 danFebruari lalu di alamat MV Empayer Sdn Bhd, di No 1, Jalan Perniagaan Masria 1, Pusat Perniagaan Masria, Batu 9, Cheras, di sini.

Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 18 April ini sebagai sebutan semula kes.

Terdahulu, kira-kira 20 tertuduh tiba di kompleks mahkamah ini dengan dikawal ketat anggota polis dan Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) pada 7.40 pagi manakala selebihnya tiba pada 8.20 pagi. – myMetro Online

Tags: datukKongsi Gelap
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video Paderi Diculik Dalam 40 Saat Tersebar

Next Post

Bapa Rogol Sebab Anak Mengaku Lesbian

Related Posts

Datuk Antara 18 Direman 6 Hari Bantu Siasatan Sogok Penguatkuasa Kes Lupus E-waste

Datuk Antara 18 Direman 6 Hari Bantu Siasatan Sogok Penguatkuasa Kes Lupus E-waste

25/02/2025
0

AYER KEROH: Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk bersama 17 individu lain direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan...

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

15/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Empat belas remaja, termasuk pelajar sekolah antara 61 individu ditahan dalam serbuan polis ke lokasi dipercayai tempat upacara...

Next Post

Bapa Rogol Sebab Anak Mengaku Lesbian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd