• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Kata Malaysia Bankrap, Tapi Meja Makan RM5,000?

oleh
27/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANTARA perkara sering dimomokkan pembangkang terhadap minda rakyat Malaysia kononnya ekonomi Malaysia sudah lama nazak teruk dan kini muflis berbanding negara-negara miskin lain.

Bagi mereka yang jarang ikuti isu semasa terutama membaca laporan terkini kedudukan prestasi kewangan negara kita, tohmahan jahat sedemikian akan diterima bulat-bulat tanpa soal dan anggap Malaysia sebuah negara gagal!

Bukan itu sahaja, pemimpin pembangkang sanggup fitnah negara sendiri di luar negara sehingga menyebabkan Taiwan menarik balik pelaburan berbilion-bilion ringgit dalam projek gas di Pengerang, Johor beberapa tahun lalu.

Lucunya, apabila Arab Saudi dan China menyalurkan dana pelaburan mega, pembangkang terkedu diam kerana tidak menyangka pihak asing masih yakin dengan iklim stabil ekonomi Malaysia diterajui Barisan Nasional (BN).

Terbaharu, di sebalik dakwaan negatif pembangkang konon Malaysia sudah muflis, DAP yang mengetuai Pakatan Harapan masih megah menganjurkan majlis malam malam dengan setiap meja dikenakan bayaran cukup mahal.

Program sempena sambutan ulang tahun ke-51 parti cauvinis tersebut dilaporkan bakal berlangsung pada 20 Mei depan bertempat di Dewan Kwan Fu Kong, Taman Sentosa, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Baca: Mana Pergi Wang Tabung Derma Ceramah DAP?

Juga: Dana Israel RM1.2 Bilion – Kenapa DAP Takut Saman

DAP Kata Malaysia Bankrap, Tapi Meja Makan RM5,000?

Perkara cukup mengejutkan itu didedahkan seorang pemimpin Parti Cinta Malaysia, Mejar (Bersara) Huan Cheng Guan yang juga bekas ahli Parlimen Batu Kawan di negeri tersebut menerusi laman Facebook beliau pada Isnin.

Mantan Naib Presiden Parti Gerakan dan pernah berkhidmat dalam Tentera Udara Diraja Malaysia itu secara sinis menulis: “Bukankah DAP kata Malaysia sudah bankrap? Kini majlis jamuan makan DAP 1 meja RM5,000 lo.”

Bayangkanlah meja paling murah pun iaitu jenis 5 boleh lagi dijual kepada rakyat marhaen (baca: penyokong tegar pembangkang) pada harga serendah RM300 diikuti RM1,000 kemudian RM3,000 dan lebih gah iaitu RM5,000.

Catatan terbaharu oleh Cheng Guan itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial khasnya netizen pro-BN yang rata-rata terkejut besar dengan nilai harga meja ditawarkan DAP kerana ia sepatutnya mesra rakyat.

Paling kelakar, tiket untuk jualan meja tersebut memaparkan slogan DAP sebagai konon ‘Terus Berjuang‘ tetapi jika harga meja pun sudah mahal sebegini, entahlah apa benda yang hendak diperjuangkan sangat parti logo roket itu.

Ada membuat jenaka bahawa makanan dihidangkan dalam majlis itu terlalu mahal selain mungkin itulah nilai untuk pihak tertentu ‘derma’ ikhlas kepada DAP bagi agenda kempen politik mereka. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: DAPHuan Cheng Guan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd