• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CIA Sahkan Pemimpin Al-Qaeda Terbunuh

oleh Ahmad Albab
02/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Sebuah peluru berpandu jenis Hellfire yang dilancarkan dron Agensi Perisikan Pusat (CIA) berjaya membunuh pemimpin al-Qaeda, Abu al-Khayr al-Masri lewat Ahad lalu, kata pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS), semalam.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, Masri, 59, atau nama sebenarnya Abdullah Muhab Rajab Abdulrahman diserang ketika sedang menaiki kereta di sebuah bandar di barat laut Idlib, Syria.

Katanya, Masri adalah pemimpin kedua tertinggi selepas Ayman al-Zawahiri yang juga adalah ahli majlis syura. Dia juga dikatakan mengahwini anak perempuan Osama Bin Laden. Cable News Network (CNN) membuat laporan awal serangan itu.

CIA Sahkan Pemimpin Al-Qaeda Terbunuh
Abu al-Khayr al-Masri

Menurut pegawai itu lagi, Masri seperti yang diketahui umum, mencari perlindungan di Iran selepas serangan pada 11 September 2001 dan dipercayai sudah berada di Syria untuk membantu gerakan kumpulan Jabhat Fateh al-Sham, cawangan al-Qaeda yang sebelum ini dikenali sebagai Barisan Nusra.

Kerajaan Iran membebaskannya daripada tahanan rumah sejak dua tahun lalu, sebagai pertukaran kepada duta negara itu yang menjadi tebusan di Yaman oleh kumpulan al-Qaeda Semenanjung Arab.

Kematian Masri bermakna berakhirnya pemburuan hampir 19 tahun AS. Dia juga dianggap sebagai salah seorang perancang serangan di kedutaan AS Kenya dan Tanzania. – Reuters

Tags: Al-QaedaCIA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

20/04/2024
0

SHAH ALAM - Agensi Perisikan Pusat (CIA) meraih tumpuan ramai apabila memuat naik hantaran berhubung fakta-fakta menarik mengenai nasi lemak...

Ayman Al-Zawahiri Mati Ditembak Peluru Berpandu ‘Pisau’

Ayman Al-Zawahiri Mati Ditembak Peluru Berpandu ‘Pisau’

02/08/2022
0

KABUL – Pemimpin Al-Qaeda dan dalang serangan Pusat Dagangan Dunia New York pada September 2001 (9/11), Ayman al-Zawahiri disahkan terbunuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd