Thursday, July 25, 2024

Creating liberating content

Facebook Provoke Penyokong Vietnam...

Betullah kata pepatah, kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga!Mana taknya, kerana segelintir penyokong...

GST, SST Perlu Dibandingkan...

KUALA LUMPUR – Sebarang perbandingan antara cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan cukai...

Tempoh Perbaharui Lesen Memandu...

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan bersetuju melanjutkan tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan...

Pembabitan Pejuang Dalam PRN...

KUALA LUMPUR: Pembabitan parti Pejuang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah satu...

Buku Kehidupan Di Sebalik Bulan: Hips & Happening

YUSZLAN lahir di Kuala Lumpur pada 26 Disember 1969. Pada usia 16 tahun, dia terjebak dengan penagihan dadah. Dalam jawapan emelnya, anak Petaling Jaya ini mengakui mengalami sindrom disleksia ketika kanak-kanak. Disleksia menjadikan ia mengalami masalah pembelajaran ketika bersekolah. Dirinya menjadi jenaka dan dilabel bodoh!

Kanak-kanak disleksia secara klinikalnya mengalami kesukaran memberikan tumpuan ketika belajar. Selain sukar menulis dan lambat membaca. Lebih ironi – kalau boleh menulis, struktur tulisan sangat sukar dibaca.

Yuszlan melalui zaman persekolahan yang merengsakan. Selain sukar belajar, dia menderita sindrom kegagalan menyebut dengan betul perkataan yang dituturkan. Ketika bersekolah menengah, dia masih Marlboro sebagai Marobo. Manakala Hitler disebut Hilter.

Pada tahun lapan puluhan, sistem pendidikan belum menyediakan kelas khas bagi anak-anak autism dan disleksia. Malah, masyarakat belum pun terdedah dengan kesedaran bahawa kanak-kanak disleksia memderita sejenis gangguan kognitif dalam pembelajaran.

Justeru, sepanjang usia remaja, Yuszlan dianggap bodoh dan melalui period tekanan perasaan yang luar biasa kerana celaan masyarakat.

“Sejujurnya ketika Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (1984), saya jawab soalan pakai buah dadu,” jelasnya ketika menjawab emel saya dari Bangkok.

Buku Kehidupan Di Sebalik Bulan: Hips & Happening

Yuszlan melalui usia remaja pada dekad lapan puluhan. Era heroin, morfin dan pil psikotrapik dijual dan boleh dibeli secara berleluasa. Dekad di mana kita dapat menyaksikan fenomena penagihan dadah terutama di KL sama teruk di Ashbury, kota Hippies di San Francisco, California pada kemuncak era woodstock awal dekad tujuh puluhan.

Sembilan tahun setelah menagih secara serius, bermula usia 19 tahun, dia terjerumus dalam kehidupan lebih kompleks; hubungan cinta yang aneh dan dipenuhi dengan lambakan wang dan dadah. Ini didiskripsikan secara terperinci dalam bukunya.


Namun, tahun 2007, rentak hidupnya berubah. Pengalaman berkembara ke Thailand membuka mindanya. Dia jadi penagih tegar yang kecanduan mengembara. Lalu, dirinya berkelana ke Indonesia, Macau, China dan Hong Kong.

Mengembara menemukan dirinya pada ruang yang selama ini tidak disedarinya. Selama enam tahun (2009 hingga 2014) Yuszlan merantay ke Eropah. Bergelandang ke England, Belgium, Perancis, German, Chekoslavakia, Denmark, Sweden dan akhirnya memilih menetap di Poland.

Di sana dia temui dirinya. Yuszlan menjadi pelukis dan mengadakan tiga pameran solo. Satu pencapaian luar biasa untuk bekas penagih, penderita disleksia dan bekas calon SRP yang menjawab soalan hanya dengan menggunakan buah dadu.

Pada 2010, Yuszlan mengembara ke utara Afrika. Menyeluk kehidupan menyeberangi selat Gibraltar ke Tunisia, Algeria dan Libya.

Memang anak muda melalui melalui pengalaman penuh drama. Namun, itulah kehidupan. Pengalaman yang mengubah minda dan jiwa tentunya tidak dijual di pasar malam.

Dapatkan novel terbaharu Yuszlan, Kehidupan Di Sebalik Bulan. Anda akan membaca sebuah kisah kembara yang real merentas Eropah dan Afrika Utara. Kisah kanak-kanak disleksia, penagih tegar, lelaki dikelirukan cinta dan azam menjadi pelukis di bumi Poland, mengisi novel menarik ini. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • buku

Kategori