Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

RUU Persendirian Tiada Kaitan...

PASIR PUTEH - Usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan 2016)...

Pelarian Rohingya Wajar Menerima...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) berpendapat pelarian Rohingya yang...

Pelarian Syria Yang Ditendang...

PELARIAN Syria yang ditendang oleh jurukamera yang berasal dari Hungary mengatakan dia tidak...

Polis Pastikan Trafik Lancar...

MELAKA - Polis Melaka akan memastikan kelancaran trafik terutama bagi laluan keluar masuk...

Bukit Beruntung: Operasi SAR 2 Murid Ditangguh

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua murid Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 yang dihanyutkan air deras di Kampung Timah, Bukit Beruntung di sini semalam ditangguhkan berikutan faktor cuaca.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata operasi ditangguhkan pada pukul 7 malam dan akan dimulakan 8 pagi esok.

Katanya, dua pelajar yang masih belum ditemui dikenal pasti sebagai Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan, 10, dan Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12.

“SAR ditangguhkan kerana arus deras dengan jarak penglihatan terhad berikutan gelap,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, lapan kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika mereka menangguk ikan di Sungai Selangor itu.


Seorang daripada mereka selamat manakala lima lagi ditemukan lemas.

Lima mangsa yang meninggal dunia akibat lemas ialah pasangan adik-beradik, Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan, 10; Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, Muhammad Iskandar Shah, 12, dan Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12. – BERNAMA

Kategori