• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukit Beruntung: Ibu Mangsa Mahu Lihat Wajah Anak

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – “Saya ingin lihat dan tatap sendiri wajah anak kedua saya itu,” kata ibu kepada Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan, 10, yang dihanyutkan air deras di Sungai Selangor di Kampung Timah, Bukit Beruntung di sini semalam.

Sehingga 7 malam tadi, Muhammad Ikhwan dan Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, iaitu murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya 1 di sini masih belum ditemui.

Menganggap kejadian itu satu suratan takdir, Suhaila Md Sahi, 34, berkata beliau mahu anak kedua daripada lima beradik itu ditemui segera.

“Saya sendiri sedikit terkilan kerana tidak dapat meraikan ulang tahun kelahirannya pada 15 Mac lepas.

“Memang kami bercadang untuk sambut tetapi tidak sangka benda macam ini akan berlaku,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1 Mohd Hasren Damiri berkata kehilangan tujuh muridnya itu merupakan tamparan besar buatnya serta guru lain.

“Saya terkejut dan kami bercadang untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin pada Isnin ini untuk semua mangsa,” katanya.

Mohd Hasren berkata pihaknya bercadang untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu anggota keluarga mangsa yang terlibat.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua murid SK Taman Bunga Raya 1 yang dihanyutkan air deras di Kampung Timah, Bukit Beruntung di sini semalam ditangguhkan pada 7 malam ini berikutan faktor cuaca.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, lapan kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika mereka menangguk ikan di sungai itu.

Seorang daripada mereka selamat manakala lima lagi ditemukan lemas.

Lima mangsa yang meninggal dunia akibat lemas ialah pasangan adik-beradik, Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan, 10; Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, Muhammad Iskandar Shah, 12, dan Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12. – BERNAMA

Tags: Bukit Beruntungmati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd