• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat Roti, Biskut Untuk Selamatkan Penyu

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR -Tidak ramai anak muda yang berminat untuk menghabiskan wang, masa dan tenaga untuk menjadi sebahagian daripada usaha menyelamatkan hidupan liar.

Tetapi, bagi Ahmad Iszuddin Ahmad Idzham, 11, dia berbeza daripada kebanyakan kanak-kanak seusianya.

Pelajar tahun lima itu komited untuk menyelamatkan penyu belimbing selepas guru sains di sekolahnya menunjukkan sebuah video mengenai spesies terancam kepadanya dan rakan sekelas.

Ahmad Iszuddin diberitahu bahawa haiwan itu akan pupus di seluruh dunia dalam masa beberapa tahun lagi sekiranya sedikit usaha dilakukan untuk melindungi haiwan terbabit.

“Saya menangis dua kali melihat video itu dan apa yang saya ingin buat sekarang adalah menyelamatkan haiwan tersebut,” katanya.

Ahmad Iszuddin, yang belajar memasak daripada ibunya, mengambil inisiatif membuat roti dan biskut untuk dijual kepada orang ramai di majlis tertentu, malah ada juga pembeli yang menghubunginya secara terus.

Setakat ini, dia telah memperoleh lebih daripada RM200 hasil daripada jualan roti dan biskutnya.

Namun, hasil jualan roti dan biskut itu bukan untuk keuntungan peribadi, tetapi Ahmad Iszuddin berhasrat untuk mendermakan wang itu kepada Persatuan Pemuliharaan Penyu di Terengganu dan membantu menyelamatkan hidupan laut tersebut.

Anak bongsu daripada lima beradik itu mendapat sokongan daripada ibunya, Nor Azlina Ishak, yang melawat Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) untuk mendapat maklumat lanjut mengenai penyu belimbing.

“Saya diberitahu bahawa penyu belimbing tidak mendarat di Semenanjung Malaysia lagi. Sekali-sekala, mereka mungkin akan mendarat di Sabah,” kata Nor Azlina.

Rantau Abang di Terengganu satu masa dahulu mempunyai populasi terbesar penyu bertelur di dunia iaitu 10,000 sarang setahun.

Bagaimanapun, kini populasi itu menurun secara mendadak berikutan pencemaran alam sekitar dan telurnya yang dimakan oleh manusia.

Menurut WWF, kali terakhir penyu belimbing mendarat di Terengganu ialah pada 1993.

Organisasi itu menyatakan bahawa penyu belimbing telah wujud sejak lebih daripada 100 juta tahun, tetapi kini ia menghadapi kepupusan.

Pada 1980, kira-kira 110,000 penyu belimbing direkodkan.

Tetapi sejak 30 tahun lepas, bilangan itu mencatatkan penurunan iaitu kurang daripada 2,000 penyu belimbing betina dewasa, menjadikan haiwan itu spesies penyu paling terancam di dunia.

Nor Azlina, seorang penceramah motivasi berkata suaminya, seorang ahli perniagaan, juga menyokong usaha dan minat anaknya itu.

“Kami akan menyokong anak kami dalam apa sahaja minatnya kerana kami tidak mahu terlepas dalam mana-mana bahagian kehidupannya,” kata Nor Azlina.

Ahmad Iszuddin mempromosikan jualan biskut dan rotinya serta berkongsi mesej menyelamatkan penyu melalui laman Instagrammnya @iszuddin_.

“Kepada semua orang di luar sana, marilah bekerja bersama-sama dan menyelamatkan spesies terancam ini,” kata si cilik itu. – BERNAMA

Tags: biskutbudakpenyu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Peniaga Makanan Jepun Tak Mengaku Rogol Budak Dalam Kereta

05/05/2024
0

MUAR: Peniaga makanan Jepun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan merogol kenalan dalam kereta di...

Negeri Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas Perbaiki Enakmen Jenayah Syariah

Budak Maut Ditimpa Dinding Konkrit: JKM Sedia Khidmat Kaunseling Buat Keluarga

15/02/2024
0

ALOR SETAR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd