• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BR1M: Kerajaan Bertoleransi Luluskan Permohonan Gagal

oleh Ahmad Albab
09/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 705,562 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 yang gagal menerima bantuan itu disebabkan mempunyai perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini boleh menarik nafas lega.

Ia ekoran pengumuman Kementerian Kewangan hari ini bahawa kerajaan telah bersetuju supaya pembayaran pertama bagi BR1M 2017 kepada mereka diluluskan mengikut kategori masing-masing dan dijangka selesai pada 17 Mac 2017.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan mengingatkan pemohon terbabit masih perlu mengemukakan penyata pendapatan perniagaan atau penyata akaun bank yang berkaitan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jika mahu menerima bantuan BR1M seterusnya selepas ini.

“Kerajaan telah membuat semakan di mana seramai 887,198 pemohon yang gagal kerana tidak mengemukakan dokumen pendapatan yang lengkap antaranya penyata pendapatan perniagaan atau penyata bank pemohon walaupun mempunyai pendapatan melalui perniagaan sendiri. Daripada jumlah tersebut, seramai 705,562 orang adalah penerima BR1M 2016.

“Sehubungan ini, Kementerian Kewangan telah bersetuju supaya semua penerima BR1M 2016 diluluskan pembayaran pertama bagi BR1M 2017 mengikut kategori masing-masing yang dijangka selesai pada 17 Mac 2017,” kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media hari ini.

Baca: BR1M: 705,562 Terima Bantuan Mulai Minggu Depan

Menurut Kementerian Kewangan, 705,562 pemohon BR1M terbabit perlu mengemukakan penyata pendapatan perniagaan atau penyata akaun bank yang berkaitan kepada LHDN semasa tempoh rayuan sehingga 31 Mei 2017 bagi mengesahkan maklumat pendapatan mereka.

Kata Kementerian Kewangan, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan bayaran BR1M 2017 peringkat ke-2 dan seterusnya kepada mereka tidak dapat diteruskan.

“Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada: [email protected],” kata kenyataan itu.

Sebelum ini seramai 887,198 pemohon BR1M 2017 peringkat pertama dilaporkan gagal menerima bantuan itu kerana mereka didapati memiliki rekod perniagaan dengan SSM sedangkan bantuan itu hanya untuk mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun, sebilangan pemohon terbabit mendakwa mereka mendaftar perniagaan dengan SSM tapi perniagaan itu tidak beroperasi atau hasil perniagaan yang diperoleh masih melayakkan mereka menerima BR1M.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan sebelum ini meminta pemohon terbabit supaya mengemukakan penyata pendapatan perniagaan atau penyata akaun bank yang berkaitan dalam rayuan mereka bagi memastikan mereka benar-benar layak menerima BR1M. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BR1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd