• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Sebuah Rumah Dalam Masa 24 Jam Aje!

oleh
18/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Usaha pembinaan sebuah rumah lazimnya memakan masa yang agak lama dan prosesnya juga rumit waima bersaiz kecil, tetapi itu cerita teknologi dahulu!

Sekarang dengan kewujudan teknologi canggih mesin pencetak secara tiga dimensi atau 3D, percaya atau tidak, sebuah rumah sebenarnya boleh dibina hanya dalam tempoh 24 jam sahaja!

Menurut laporan laman berita Metro, Apis Cor, iaitu sebuah firma yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), berjaya membina sebuah rumah seluas 400 kaki persegi dalam tempoh sehari.

Ia merupakan syarikat pertama yang berjaya membangunkan mesin pencetak 3D mudah alih, sekali gus boleh mencetak sebuah bangunan di lokasi yang dikehendaki. Canggih bukan!

Rumah sebuah, yang berbentuk ibarat igloo masyarakat Eskimo di kawasan pedalaman Kutub Utara; seperti yang boleh dilihat ini, telah dibina berdekatan dengan di ibu kota Rusia, Moscow.

Menurut syarikat itu, bahan-bahan yang digunakan malah boleh bertahan sekurang-kurangnya 175 tahun, dan hanya berharga AS$10,134 (kira-kira RM44,969) – termasuk kos segala kelengkapan asas.

Tidak keterlaluan jika dikatakan ini satu pelaburan sungguh berbaloi kerana bangunan boleh dicetak dalam apa juga bentuk dan saiz. Satu-satunya hambatan pada rekaan sedemikian adalah “hukum asas fizik”.

Apis Cor menyatakan ini adalah kali pertama dalam amalan pembinaan di Rusia, cetakan dibuat sebagai sebuah rumah berbanding panel-panel yang dicetak terlebih dahulu sebelum dipasang kemudian.

Bahagian dalaman bangunan kediaman comel itu pula bahkan kelihatan agak luas. Terdapat satu ruang terbuka, tandas, rumah tamu dan dapur yang kecil tetapi berfungsi penuh cekap.

Syarikat itu menyatakan, pihaknya yakin ini adalah langkah pertama untuk ke pasaran pembinaan masa depan, yang akan tertumpu kepada teknologi cetakan 3D. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: 3D
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaji Inisiatif Tarik Rakyat Kerja 3D Di Luar Negara

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji inisiatif terbaik bagi menarik rakyat yang bekerja di luar negara dalam sektor 3D (Dirty,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd