Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Pelan Strategik Pengurusan Pandemik...

PUTRAJAYA - Pelan Strategik Pengurusan Pandemik Nasional yang meliputi pengurusan pandemik termasuk wabak...

Tempoh Prakelayakan Projek LRT...

GEORGE TOWN : Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersetuju melanjutkan tempoh prakelayakan Projek Transit...

Tempoh Reman Pegawai Kanan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini menyambung tempoh tahanan reman seorang pegawai...

Ada Nama Pengundi Dipakai...

KUALA LUMPUR - Sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Tanjung Piai pagi...

Berus Babi Dipulang Kepada Peniaga Yang Label Produk

KUALA LUMPUR – Berus cat daripada bulu babi yang dirampas akan dikembalikan kepada peniaga selepas mereka melabelkan dan mengasingkan barangan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Barang-barang yang Diperbuat daripada Bahagian Babi atau Anjing) 2013.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata peniaga diberi tempoh sebulan untuk berbuat demikian.

“Sekiranya mereka patuhi kita pulangkan (rampasan) dan kalau gagal kita ambilnya sebagai bahan bukti untuk tindakan seterusnya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) pada sesi pertanyaan jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Loy Sian ingin tahu sama ada kementerian berkenaan telah memulangkan berus cat bulu babi yang telah dirampas daripada 37 kes yang direkodkan di seluruh negara.

Hamzah berkata mempamerkan, menandakan dan melabelkan barangan yang dibuat seperti daripada babi dan anjing adalah amat penting bagi menghilangkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan rakyat.


Sebelum ini, kementerian tersebut memberi tempoh sebulan bermula 9 Februari lalu kepada semua peniaga untuk melabelkan produk yang disahkan mengandungi bahan tidak halal termasuk ada unsur babi bagi memberi maklumat kepada pengguna Islam. – BERNAMA

Kategori