• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bernhardt Tidak Terkejut Dengan Keputusan FAM

oleh Ahmad Albab
30/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Bekas jurulatih skuad negara Bawah 22 tahun (B-22), Frank Bernhardt berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menamatkan khidmatnya.

Katanya, soal pemecatan jurulatih boleh berlaku apabila seseorang itu dilantik sebagai presiden baharu yang mahu melakukan perubahan.

Walaupun tugasnya belum selesai, katanya, sebagai seorang jurulatih yang bertanggungjawab, beliau akan akur dengan keputusan itu.

“Apabila orang baharu mengambilalih pucuk kepimpinan, mereka mahu melakukan pertukaran atau melakukan perubahan dan ini boleh berlaku.

“Ini adalah keadaan yang terpaksa saya harungi,” katanya kepada pemberita selepas tiba bersama skuad B22 dari Dubai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Skuad B-22 kembali daripada Kejohanan B-23 Piala Dubai 2017 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang bermula 20 hingga 28 Mac ini.

Jurulatih kelahiran Jerman berusia 47 tahun itu dilantik pada penghujung 2015 dengan misi merangkul pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, dari 19 hingga 31 Ogos ini.

Susulan ‘pemecatan’ Bernhardt, tugas membimbing skuad itu kini digalas oleh bekas jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee.

Pengumuman jurulatih kelahiran Argentina, Mario Gomez sebagai pengendali skuad Harimau Malaysia dan Kim Swee menggantikan Bernhardt diumumkan oleh Tunku Ismail sebaik mendapat mandat menerajui badan induk tersebut bagi penggal 2017-2021, Sabtu lepas.

Bernhardt berkata beliau hanya mengetahui nasibnya melalui media ketika membimbing skuad B-22 di Dubai dan mahu bertemu dengan FAM secepat mungkin bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya.

“Saya belum menerima makluman rasmi daripada FAM berhubung nasib saya bersama skuad B-22. Saya percaya kami akan berbincang mengenai perkara ini dengan lanjut,” katanya.

Ditanya mengenai kesesuaian FAM mengumumkan ‘pemecatannya’ ketika beliau bersama skuad berada di luar negara, Bernhardt berkata: “Mungkin tarikh pengumuman tidak sesuai tetapi kita tidak boleh mengubah apa-apa.”

Ketika mengumumkan pelantikan jurulatih selepas Kongres ke-53 FAM, Sabtu lepas, Tunku Ismail berkata penyingkiran Bernhardt itu adalah disebabkan perbezaaan ideologi dan cara bekerja yang dibawa oleh jurulatih itu.

“Saya tidak boleh bekerja dengan beliau kerana kami mempunyai pandangan dan cara bekerja yang sangat berbeza,” kata presiden baharu itu.

Bernhardt berkata beliau tidak tahu falsafah kerjanya adalah berbeza dengan dia (Tunku Ismail) kerana tidak pernah bercakap antara satu sama lain.

Bagaimanapun, katanya, pada ketika ini, beliau tidak boleh memberi sebarang komen lanjut mengenai kontraknya. – BERNAMA

Tags: FAMjurulatih
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd