• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Dijemput Ajal, Wanita Gagal Terjun Jejantas

oleh AK-47
22/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIAT seorang wanita ingin membunuh diri dengan terjun dari jejantas berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Manjung di Seri Manjung, Perak gagal apabila dia diselamatkan sekumpulan anggota bomba.

Dalam kejadian penuh cemas kira-kira jam 8.42 malam tadi itu, mangsa yang merupakan warga tempatan dilihat sedang bergayut pada tiang besi mengunakan tangannya, sebelum ditangkap dengan pantas oleh anggota bomba.

Insiden itu secara kebetulan turut dirakam orang awam yang berada di tempat kejadian, sebelum tular di laman sosial.

Menerusi video berdurasi 1 minit 8 saat itu, wanita itu dilihat bertindak tidak stabil apabila menuruni jejantas setinggi tiga meter secara tergesa-gesa.

Bagaimanapun, cubaannya untuk terjun gagal apabila tangannya dipegang oleh bomba.

Menurut rakan mangsa di tempat kejadian, wanita berusia 21 tahun itu bertindak sedemikian kerana tertekan ekoran mempunyai masalah peribadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung Pegawai Bomba Kanan II Ismadi Darusman, berkata, seramai sembilan anggota dikerah ke lokasi kejadian apabila menerima kes itu.

“Kami mengambil masa 10 minit memujuk mangsa namun mangsa bertindak agresif ketika anggota cuba menyelamatkannya sebelum seorang anggota wanita sempat memegang tangan mangsa dan dibawa turun.

“Wanita terbabit tidak cedera namun berada dalam keadaan lemah serta dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 9 malam,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji kepantasan anggota bomba yang terlibat menyelamatkan wanita berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bombabunuh diri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd