Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Operasi Menyelamat & Pengurusan...

KOTA BHARU - Sejak gelombang pertama banjir musim tengkujuh melanda negeri ini Sabtu...

Pemergian Raja Ahmad Zainuddin...

IPOH - Pemergian bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri...

Projek Solar: Mahkamah Dengar...

PUTRAJAYA - Pendengaran rayuan Datin Rosmah Mansor terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun...

Pelancong Jepun Meninggal Dunia...

LANGKAWI - Seorang pelancong Jepun meninggal dunia akibat mengalami masalah jantung ketika mandi...

Belia Sarawak Punya Aspirasi Tinggi Terhadap TN50

KOTA SAMARAHAN – Belia Sarawak mempunyai aspirasi yang sangat tinggi untuk pembangunan negeri ini dan Malaysia khususnya membabitkan penggunaan teknologi, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Itulah rumusan Khairy selepas sesi dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) bersama belia Sarawak yang diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini hari ini.

Menurutnya, rata-rata mereka melahirkan harapan pembangunan yang seimbang antara Sarawak dan Semenanjung tetapi yang paling menarik perhatiannya adalah penggunaan teknologi.

“Antara aspirasi yang dilontarkan tadi, saya tertarik sekali dengan pengunaan teknologi.

“Walaupun mungkin di Sarawak masih lagi ada kekurangan dari segi prasarana dan kemudahan asas, bukan hanya Ketua Menteri malah anak muda Sarawak semuanya telah menceritakan soal teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi dialog TN50 itu.


Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Khairy berkata aspirasi yang dilontar belia Sarawak itu meyakinkan beliau negeri ini akan menghasilkan satu perubahan yang amat besar dalam tempoh 30 tahun lagi.

Sementara itu, Khairy berkata soal pekerjaan, pendidikan, teknologi dan kesihatan adalah antara perkara yang dilontar oleh belia seluruh negara untuk TN50.

“Jadi saya tidak mahu menjawab terlalu terperinci kerana kita masih belum selesai jelajah seluruh Malaysia. Tetapi yang pasti isu-isunya pelbagai dan merangkumi pelbagai sektor,” katanya. – BERNAMA

Kategori