• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pegawai Dijel 60 Bulan, Denda RM365,000

oleh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang bekas pegawai kanan Padiberas Nasional dijatuhi hukuman penjara 60 bulan serta denda RM365,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini bagi enam pertuduhan rasuah antara 2013 dan 2014.

Hakim Zanol Rashid Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Hassin Mad Zin, 55, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, Hassin dipenjara selama 10 bulan dan denda RM45,000 kerana menerima suapan RM9,000 daripada pemilik WH Awana Enterprise pada 6 Ogos 2014 bagi mendapatkan 30 tan beras ST15 bagi bulan Julai tahun sama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Untuk lima lagi pertuduhan, tertuduh dikenakan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM64,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagi lima pertuduhan itu, Hassin didakwa menerima suapan RM12,800 pada September, Oktober, November, Disember 2013 dan Januari 2014 daripada pemilik Syarikat Berkat Zarul Enterprise sebagai dorongan mendapatkan 40 tan beras ST15 bagi syarikat itu bagi bulan September, Oktober dan November serta dua kali bagi Disember daripada kementerian sama.

Untuk pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima suapan itu menerusi akaun Bank Islam Cawangan Alor Setar manakala bagi lima lagi pertuduhan dia didakwa berbuat demikian menerusi akaun bank sama di cawangan Guar Chempedak.

Bagi semua pertuduhan itu, Hassin didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Zanol Rashid yang memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bagaimanapun membenarkan penangguhan selepas selesai proses rayuan tertuduh.

Tertuduh kemudian membayar kesemua denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia A. Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Sofee Razak. – BERNAMA

Tags: BERNASrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd