• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Askar AS Sasar Bunuh Kulit Hitam

oleh Ahmad Albab
24/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Seorang bekas askar menaiki bas ke New York semata-mata mahu mencari mangsa berketurunan Afrika Amerika untuk dibunuh, dan menggunakan pedang sepanjang 66 sentimeter untuk menikam mati seorang lelaki berkulit hitam yang sedang mengutip botol dari tong sampah.

James Harris Jackson, 28, memakai kot panjang yang menyembunyikan pedang dibawanya sebelum menemui Timothy Caughman, 66, dan menikamnya di dada serta belakang. Dia menyerah diri kepada polis di Times Square 25 jam selepas itu.

Jurucakap polis New York, William Aubrey berkata, Caughman sebelum itu sempat melarikan diri ke sebuah balai polis dalam keadaan cedera tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Jackson yang ditangkap kerana membunuh berkata, dia menyimpan rasa benci terhadap lelaki berkulit hitam sejak sekurang-kurangnya 10 tahun lalu.

Dia mengaku datang ke New York pada 17 Mac lalu semata-mata mahu mencari mangsa untuk dibunuh.

“Dia memilih New York kerana ia pusat media dunia dan mahu memastikan cerita itu dilaporkan,” katanya.

Menurutnya, Jackson dipercayai merancang melakukan serangan lain selepas itu tetapi menyerah diri selepas melihat gambarnya disiarkan media.

Ketika ditangkap dia mempunyai dua pisau dan menunjukkan polis lokasi pedangnya disorokkan di dalam sebuah tong sampah tidak jauh dari tempat mangsa ditikam.

Jackson dilaporkan berkhidmat dengan tentera dari Mei 2009 hingga Ogos 2012 sebagai penganalisis risikan malah pernah ditugaskan di Afghanistan selama setahun. – AP/myMetro Online

Tags: AfrikaAmerika Syarikatkes bunuhKulit hitam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd