Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Kadar Inflasi September Turun...

KUALA LUMPUR - Kadar inflasi Malaysia pada September 2022 mencatatkan 4.5 peratus, lebih...

2 Pasangan Kekasih Terbabit...

BALIK PULAU - Dua pasangan kekasih dipercayai terbabit dengan kes pengedaran dadah di sekitar daerah ini ditahan dalam dua serbuan...

3 Kenderaan JPJ Musnah...

KUALA KANGSAR - Tiga kereta milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dua kereta...

2,491 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 2,491 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,774,003.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

Bayi Sindrom Down Ditinggal Di Parkir Wad Bersalin

KECEWA dan sedih dengan anak yang dilahirkan mengalami masalah Sindrom Down, seorang wanita di Shymkent, Kazakhstan sanggup meninggalkan bayinya yang baru lahir di parkir hadapan wad bersalin di salah sebuah hospital di bandar itu.

Aksi wanita yang tidak diketahui identitinya itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di hospital tersebut.

Menerusi rakaman tersebut, wanita itu mengenakan kot labuh berhud untuk menyembunyikan identitinya ketika melakukan perbuatan terkutuk.

Bayi Sindrom Down Ditinggalkan Di Parkir Wad Bersalin

Bayi perempuan yang ditemui tanpa seurat benang itu kini bertarung untuk hidup menggunakan alat bantuan pernafasan selepas diselamatkan oleh salah seorang doktor yang bertugas di hospital tersebut.

Doktor Zhalgas Usenhanov dilihat bergegas memasuki hospital sambil membawa bayi malang itu untuk mendapatkan rawatan.

Usenhanov yang bertugas di bahagian unit rawatan rapi (ICU) memberitahu dia tidak pernah berhadapan dengan insiden seperti itu sepanjang bergelar doktor.


“Ketika saya memasuki bangunan hospital itu, semua orang heboh berbicara tentang bayi yang mereka lihat di luar tingkap.

“Saya lihat ke luar dan memamg betol ada seorang bayi lalu bergegas mendapatkannya dan membawanya ke jabatan kami.

“Melihatkan keadaan bayi tersebut, dia ditinggalkan di atas lantai simen itu lebih dari satu jam di bawah hujan lebat,” jelasnya.

Jurucakap pihak polis tempatan, Saltanat Karakozova mengesahkan kejadian itu dan anggotanya kini sedang menyiasat rakaman itu bagi mencari suspek wanita yang dipercayai ibu kepada bayi perempuan tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Kategori