Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Presiden Yaman Pecat Perdana...

RIYADH - Presiden Yaman, Abd-Rabbu Mansour Hadi melantik Naib Presiden dan Perdana Menteri...

Kongres AS Lulus Pelan...

WASHINGTON - Kongres Amerika hari ini meluluskan rancangan Presiden Barack Obama untuk melatih...

Disney Tutup 2018 Dengan...

LOS ANGELES - Walt Disney Studios menutup tahun 2018 dengan memperoleh pendapatan lebih...

China Perlu Jujur Isu...

BEIJING - Kerajaan China perlu berterus terang mengenai penahanan sejuta penduduk Islam di...

Bapa Pasangan Kembar Aidil, Zaquan Meninggal Dunia

SEREMBAN – Bapa kepada pasangan kembar pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan dan Mohamad Zaquan Adha meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, hari ini.

Abd. Radzak Salleh, 68, menghembuskan nafas terakhirnya di sisi ahli keluarga pada pukul 4 petang tadi.

Anak ketiga Allahyarham, Mohd Zafran, 43, berkata bapanya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan lanjut penyakit asma dan masalah usus.

Beliau berkata Allahyarham dimasukkan ke wad di HTJ petang semalam selepas kesihatannya semakin merosot.

“Keadaan beliau yang semakin lemah memaksa kami meminta bantuan ambulans untuk mengambilnya di rumah untuk dibawa ke hospital,” katanya kepada pemberita.


Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang tegas oleh anak-anaknya, meninggalkan seorang isteri dan tujuh anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan.

Menurut Mohd. Zafran, jenazah akan dikebumikan di Makam Haji Mohd Said di sini, pukul 11 pagi esok. – BERNAMA

Kategori