Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

5 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Lima kluster baharu Covid-19 dikenal pasti hari ini membabitkan tiga...

Penganggur Dihukum Mati Edar...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi...

Kes Pasangan Jatuh Jambatan...

Georgetown: Polis mengklasifikasikan kes pasangan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, di sini, semalam...

Panglima ATM Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed...

Bapa 3 Anak Dijel 7 Tahun, 2 Sebatan Kerana Merompak

KUALA LUMPUR – Bapa tiga anak dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang lelaki warga Indonesia menggunakan sebilah pisau minggu lepas.

Badlishah Adnan, 39, yang bekerja sebagai pembantu gerai donat membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Zulbahrin Zainuddin selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 18 Mac lalu.

Tertuduh didakwa merompak pekerja kedai runcit, Ahmad Sonate Usman Ski, 29, di kedai runcit Rosco Global Resources, Jalan Raja Uda, Kampung Baru pada 12 tengah hari 17 Mac lalu melibatkan kerugian RM600.

Dia dituduh mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.


Di mahkamah sama, tertuduh turut dikenakan denda RM1,200 atau lima bulan penjara kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika ditahan oleh pegawai polis di hadapan kedai runcit Hotlink, Jalan Raja Muda Musa, Kampung baru, kira-kira 9 malam pada 18 Mac lepas.

Dia dituduh di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 25 yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Kategori