• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangkok Dipilih Tuan Rumah Piala Thomas Dan Uber 2018

oleh Ahmad Albab
19/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bangkok mengalahkan New Delhi untuk menjadi tuan rumah kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber 2018.

Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Poul-Erik Hoyer Larsen turut mengumumkan bandar raya Basel di Switzerland akan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia BWF pada tahun 2019, walaupun Tokyo turut mengemukakan pencalonan.

Sementara itu beliau berkata bandar raya Nanjing, China dipilih untuk menjadi hos Kejohanan Dunia BWF 2018 dan bandar raya Nanning juga di China dipilih menjadi hos kejohanan Piala Sudirman 2019 setelah hanya dua bandar raya itu yang mengemukakan pencalonan mereka bagi dua kejohanan tersebut.

Poul mengumumkan pemilihan tuan rumah di sini hari ini.

Naib Presiden Persatuan Badminton Thailand, Paisan Rangsikitpho berkata mereka sudah bersedia menjadi tuan rumah Piala Thomas dan Piala Uber.

“Kami sangat gembira dan terharu dipilih untuk menjadi tuan rumah Piala Thomas buat kali kedua selepas 1976 dan Piala Uber buat pertama kali.

“Kami telah memilih Arena Impact di Bangkok sebagai venue pertandingan bagi kedua-kedua kejohanan dan berharap pasukan kami akan melakukan yang terbaik di gelanggang sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: badmintonPiala ThomasThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd