• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bakal Jenazah’: JPJ Beri Amaran Plat Palsu

oleh Ahmad Albab
07/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

EKORAN plat ‘bakal jenazah’ pada motosikal yang mencetuskan sensasi baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu.

Isu plat ‘bakal jenazah’ bukan perkara baharu kerana sebelum ini terdapat nombor plat sah tetapi diubah suai bagi memaparkan perkataan yang membawa maksud atau gelaran seperti ‘mommy’ dan ‘boss’.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron berkata, mengubahsuai plat kenderaan tanpa mematuhi spesifikasi yang ditetapkan juga satu kesalahan.

“Mereka tidak boleh mengubahsuai atau memaparkan plat nombor pendaftaran kenderaan tidak sah untuk mempamerkan gelaran-gelaran tertentu.

“Selain melanggar undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, tindakan itu hanya akan menimbulkan kekeliruan,” katanya kepada mStar Online.

Isnin lalu, dilaporkan penunggang motosikal Yamaha 125 ZR berwarna kuning yang memaparkan plat kenderaan ‘bakal jenazah’ ditahan polis di Kota Kinabalu, Sabah.

Setakat ini, hanya kenderaan rasmi dibenarkan meletakkan nombor plat khusus menggunakan gelaran ‘menteri’ dan ‘timbalan menteri’.

Nadzri bagaimanapun berkata, nombor pendaftaran kenderaan khas boleh dimohon atas tujuan dan kegunaan tertentu.

“Kita benarkan permohonan untuk nombor pendaftaran khas secara terbuka sempena acara atau peristiwa seperti Rimau sempena Sukan SEA tahun ini dan VIP yang membawa maksud Visit Pahang sempena Tahun Melawat Pahang 2017.

“Juga dibenarkan penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas melalui yayasan atau tujuan mengumpul dana atau kebajikan,” katanya.

Antara contoh lain adalah plat kenderaan Gagasan 1Malaysia (G1M) dengan sebahagian hasil jualan disumbangkan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Negara, Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia dan Yayasan Basmi Kemiskinan serta 10 kelab rekreasi di Malaysia.

Menurut Nadzri, JPJ bersama pihak berkuasa lain akan terus menjalankan operasi bagi mengesan nombor pendaftaran palsu atau plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi.

“Ia perlu ditangani bagi mengelak sebarang kejadian jenayah selain memudahkan penguatkuasaan bagi mana-mana kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas,” katanya. – mStar Online

Tags: JPJmotosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd